Pelakon Lan Zailan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh isteri Lan iaitu Ruby Sara Omar yang memberitahu Allahyarham meninggal dunia akibat kanser.
“Iya, arwah meninggal dunia pukul 4.21 pagi. Semua keluarga ada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya, petik mStar.
Terdahulu, Lan atau nama sebenarnya, Zailan Kamaruddin dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak Ahad selepas keadaan kesihatannya kurang stabil.
Arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan sejak 27 November sebelum dibenarkan pulang pada Sabtu.
Allahyarham mula aktif dalam dunia lakonan sejak tahun 1980-an dan telah membintang pelbagai filem dan drama sepanjang penglibatannya dalam industri seni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber: mStar