Kecantikan

Pelakon, Model & Usahawan Fesyen Dinobat Sebagai Miss Earth Malaysia 2024

Share

Pertandingan Miss Earth Malaysia 2024 telah melabuhkan tirainya apabila menobatkan Geetha William sebagai pemenang utama.

Geetha, 27, bakal mewakili Malaysia di pertandingan Miss Earth 2024 yang bakal berlangsung di Filipina pada November akan datang.

Seiring dengan kemenangannya Geetha membawa pulang wang tunai bernilai RM1500, selempang, menjadi duta kepada Bleu dan sebentuk mahkota.

Wanita tinggi lampai ini bukanlah asing dalam dunia ratu cantik, dia sebelum ini pernah memegang gelaran pemenang tempat kedua Miss Grand Malaysia 2024 dan juara Miss Emerald Malaysia 2022.

BACA JUGA: Pelakon & Pengacara Dinobat Sebagai Miss Grand Malaysia 2024

Selain bergelar ratu cantik, wanita tinggi lampai ini bergiat aktif sebagai seorang peragawati di pentas fesyen dan membintangi pelbagai video klip.

Tidak terhenti di situ, dia turut memiliki perusahaan fesyen yang diberi nama My Design yang menampilkan busana-busana berkonsep sari dan kurti yang dikhususkan untuk acara khas.

Pertandingan Miss Earth merupakan antara pertandingan ratu cantik berprestij di dunia dan diletak seiring dengan Miss Universe, Miss World dan Miss Supranational.

Setakat ini hanya seorang wakil Malaysia pernah bergelar semi-finalis iaitu Nisya Thayanathan yang bertanding pada edisi 2021. Selebihnya, wakil lain tidak berjaya mara ke pusingan seterusnya.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

Published by
Fiezreen