Pelakon Natasha Elyzza bersyukur kontroversi yang pernah terpalit dengan dirinya dulu tidak menjadi penamat karier seni yang sudah diceburinya sejak sembilan tahun lalu.
Berkat doa dan kesabaran, pemilik nama penuh Natasha Elyzza Rohishim ibarat mendapat peluang kedua untuk membuktikan bakat dalam industri.
Akui Natasha, 28, kontroversi video menari di salah satu aplikasi yang pernah tular sebelum ini sedikit-sebanyak menjejaskan namanya sehingga dia ‘digam’ daripada dunia lakonan.
“Dua tahun juga saya tidak bekerja, kemudian diikuti pandemik. Memang saya rasa ‘lost’, kecewa dan ingat tiada lagi peluang untuk saya berlakon.
“Kebanyakan yang nak ambil saya, pasti ada stigma, ‘tak perlulah nanti dia buat hal’. Bagaimanapun Alhamdulillah peluang itu datang sedikit demi sedikit sejak tahun lalu,” katanya.
Ads
Tambah Natasha, apa yang berlaku sebelum ini mematangkan dan mengubah dirinya untuk menjadi lebih baik.
Bahkan pelakon yang mula menyerlah menerusi drama Isteri Separuh Masa dan M.A.I.D itu tekad untuk membuktikan kemampuan diri selepas ini.
Ads
“Saya nak buktikan untuk jadi lebih baik dan saya bukan macam dulu lagi. Sejujurnya saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku sebab kalau tak jadi semua itu, saya tidak mungkin jadi lebih matang.
“Perlahan-lahan saya belajar cara bercakap dengan orang. Kalau tidak dulu, saya tak fikir sebelum bercakap. Bukan itu sahaja, ia juga menyedarkan saya untuk lebih berhati-hati memilih kawan,” jelasnya.
Natasha berkata, dia sangat berterima kasih kepada penerbit dan pengarah popular, Michael Ang yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat dan membantunya untuk bangkit.
Ads
“Sejak awal saya ‘jatuh’, Michael banyak memberikan kata-kata semangat dan cuba untuk membantu saya.
“Walaupun susah untuk selitkan nama saya, dia tetap juga cuba bagi sekecil-kecil peranan, sehingga saya diberi peranan besar dalam The Hotel tahun lalu,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Natasha Elyzza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebak tatkala berkongsi kisah hijrahnya, pelakon dan usahawan Tya Arifin mengakui, pada mulanya hijab tiada dalam perancangan sempena kedatangan tahun 2020.
Walau bagaimanapun, mendapat ilham untuk memakai tudung sewaktu menghadiri majlis perkahwinan jiran di kawasan perumahannya pada 2 Februari lepas.
Meski sekadar mencuba, namun tanpa dia sedar, hari keesokannya terdetik di hati rambut dan auratnya harus dijaga dengan sempurna.
“Saya akan bercerita mengenai penghijrahan dan alhamdulillah saya sudah bertudung sekarang. Saya mula memakai tudung pada 2 Februari 2020 dan tiada perancangan langsung mengenainya.
“Pada waktu itu ada kenduri jiran dan waktu itu saya katakan kepada suami, mahu belajar memakai tudung. Suami agak terkejut dan memohon agar dia tidak menyebarkan berita ini. Saya masih lagi belajar.
“Saya kongsikan foto berhijab di laman Instagram dan mendapat banyak respon positif. Selepas daripada penampilan di majlis berkenaan, saya mula berasa tidak selesa apabila tidak berhijab dan mahu istiqamah,” jelasnya.
Dikurniakan segalanya dalam kehidupan namun punya ruang kosong dalam diri yang meminta untuk diisi.
Tidak mahu menjadi hambaNya yang kufur nikmat, kata ibu kepada dua anak ini, dia mula memikirkan secara mendalam soal rohani selepas melihat perubahan suami yang kian mendalami ilmu agama Islam.
“Sebab terbesar saya berhijab ialah saya mahu berhijrah. Alhamdulillah Allah telah berikan saya pelbagai nikmat, keluarga, anak-anak dan perniagaan yang berjaya walau berhijrah dari Palembang ke Malaysia.
“Apa lagi yang Allah tidak kurniakan? Saya tidak mahu kufur nikmat.
“Allah telah berikan lebih daripada apa yang saya minta tapi sentiasa ada satu yang kurang. Saya berjaya menolong orang melalui perniagaan namun saya tidak mampu menolong diri sendiri.
“Dalam rumah tangga ada masa kita diuji dan ia menguatkan saya untuk berubah. Suami pula semakin dekat dengan ajaran Islam dan berubah menjadi lebih baik. Jadi tidak adil jika saya tidak mahu berubah.
“Allah sentiasa ada bersama saya di saat saya memerlukan pertolongan dan Allah berikan yang terbaik untuk saya. Sampai satu masa saya terfikir, Allah begitu baik dengan saya.
“Bila difikirkan ada satu titik yang belum dibuat iaitu saya tidak menjadi seorang Muslimah yang sempurna. Saya tidak menjadi hamba Allah yang baik,” ulasnya panjang lebar.
Tegasnya, jika terbit niat untuk berbuat baik dan memakai tudung, cuba segerakan niat.
“Sebelum ini saya fikirkan manusia yang bertudung dan menutup aurat ialah perkara biasa. Saya fikirkan untuk berhijab, nanti dahulu, akan datang hidayah.
“Saya mahu baikkan hati dahulu. Tapi sekarang saya fikirkan, alangkah baiknya andai saya cepatkan keputusan ini dahulu.
“Saya juga sedar saya tidak mahu suami menanggung dosa dan Prof Muhaya juga banyak menasihati saya mengenainya.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada orang sekeliling. Hijrah ini kerana saya dan Allah, Allah terlalu baik dengan saya. Saya tidak mahu menjadi contoh yang tidak baik kepada pengikut.
“Saya mahu menjadi ibu yang baik kepada anak-anak, isteri yang baik untuk suami dan contoh yang baik buat peminat kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada orang lain,” katanya lagi.
Akur akan trend selebriti membuka hijab, jelasnya dia perlu mengawal diri sendiri agar dapat terus istiqamah dengan perubahan.
Malah, dia secara terbuka menyatakan foto lama tidak berhijab sengaja dibiarkan kerana ia sebahagian daripada proses penghijrahannya.
“Dalam dunia ini ada dua, perkara yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal. Kita boleh mengawal diri sendiri dan tidak mampu mengawal orang lain.
“Jadi sangat penting untuk saya tahu, saya mampu mengawal diri sendiri. Jika kita mahu fikir mengenai orang tidak sukakan kita, kita akan penat.
“Penghijrahan saya satu proses yang sangat panjang, selama 25 tahun baru saya mendapat hidayah dan tidak semudah itu untuk terus berubah.
“Tentang gambar terdahulu, ia satu proses perjalanan dan akan saya biarkan dalam laman Instagram,” tuturnya.
Dia turut berkongsi tiga tips kepada wanita lain yang turut punyai rasa untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Pertama berubah kerana Allah, kedua kena cepat membuat tindakan, jika mahu memakai tudung, terus segerakan. Dan ketiga, yakin kepada rezeki yang Allah tetapkan,” titip Tya.
Ikuti temubual penuh perihal perkongsian tersebut di laman Youtube miliknya di sini;
Foto : Instagram & Youtube Tya Arifin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menjalin hubungan serius sejak hujung tahun 2021, pelakon Nafiez Zaidi mengakui dia sudah pun merisik kekasih hati, Fify Azmi pada 4 Jun lalu.
Majlis merisik di antara kedua belah keluarga itu dilangsungkan secara sederhana di kediaman keluarga Fify di Subang Jaya, Selangor.
Nafiez atau nama sebenarnya, Abdul Nafis Abduzaidi berkata, dia tidak mahu membuang masa bercinta, sebaliknya merancang untuk menyunting rakan artisnya itu sebagai suri hati menjelang hujung tahun ini.
“Kalau boleh saya dan Fify enggan bertunang, nak nikah terus. Jadi majlis merisik ini sebagai ‘mukadimah’ untuk fasa seterusnya. Semoga segala-galanya dipermudahkan.
“Lagipun kami masing-masing akan sibuk dengan kerja seni, jadi itulah yang pilih tarikh semalam bawa keluarga kenal mesra.
“Kalau sudah bawa keluar berjumpa ini, ia juga isyarat saya tak mahu main-main dalam hubungan ini. Saya serius mahu memperisterikannya,” katanya.
Menerusi majlis berkenaan, Nafiez menyerahkan gelang tangan dan rantai yang diserahkan dalam kotak hitam sebagai simbolik ikatan.
“Cuma selepas ini, bila masing-masing sudah sibuk berlakon, kami sepakat tak mahu ‘show off’ keterlaluan sangat mengenai hubungan ini.
“Menjelang hari bahagia, harap segala-gala yang dirancang menjadi. Apa saja kemungkinan boleh terjadi, namun saya dan Fify tawakal dan akan cuba sehabis baik menjaga ikatan hubungan ini,” katanya lagi.
Nafiez turut memuat naik beberapa foto menerusi Insta Stories.
Imbas kembali, pasangan selebriti ini mulai rapat sejak penggambaran filem Ada Hantu 2, Disember tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Nafiez bakal menjalani penggambaran filem aksi, Bakara arahan Adrian Teh yang turut dibintangi Hairul Azreen dan Iedil Putra.
Bakal mendukug watak sebagai Lans Koperal Nik Zainal, filem tersebut juga dijangka akan menjalani penggambaran di Turki, Istanbul.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Kalau tadi kak mitch cerita pasal Kak Nak, ni pulak omak montuo den, Kak Mah. Kak Mah ni sangat sabar orangnya.
“Kenapa kak mitch cakap Kak Mah ni sabar sebab Kak Mah tak pernah berhenti cuba mencintai, menyayangi, memahami seniman seperti saya dan redha dengan segala kekurangan yang ada pada saya.
“Itu juga saya kira tak mudah. Ekau tak payah la po’i tanyo dio apo kekurangan den pulakkk, den balunnn karanggg,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Sampai Bila itu menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Misha turut menyifatkan jasa ibu mertuanya itu amat besar buat dirinya lebih-lebih lagi dalam membesarkan suaminya itu.
Dikesempatan itu juga, Misha turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ibu mertuanya itu.
“Doakan omak den ni yo? Jasa omak den ni terlalu bosar den nak koba mak aiii. Dia lahirkan dunia dan syurga den yang nun jauh di Sydney sinun @firosezzwan . Tak tau den nak balas camano do.
“Okay, den tau den bolum lulus lagi nak cakap nismilan. Den cubo jo..takpo yo?den tak mau cakap banyak lagi.
“Jangan lupa yo doakan omak den, Kak Mah ni. Semoga sihat selalu dan kami semuo hidup harmonis sayang menyayangi antara satu sama lain,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Misha dan suaminya, Firos Ezzwan Rossly telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 2 Mei 2014.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Idris Ezzwa.
Sumber: Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!