Baru-baru ini telah berlangsung pertandingan Miss Grand Malaysia 2024 yang menghimpunkan 12 finalis dalam merebut kejuaraan bagi mewakili negara ke pentas antarabangsa.

Ternyata tuah berpihak kepada gadis tinggi lampai, Melisha Lin yang menampilkan prestasi memberangsangkan sepanjang pertandingan diadakan.

Merupakan anak kacukan Cina-India, Melisha berjaya memenangi gelaran utama sekaligus membawa pulang sebentuk mahkota, selempang dan wang tunai bernilai RM12’000.

Selain itu, atas prestasi yang cemerlang, Melisha turut menggondol tujuh anugerah sampingan lain seperti Miss Eloquence, Miss Niang Jia, Miss Puravida, People’s Choice, Key Ng’s Preferred Choice, Miss OlyLife dan King King Ambassador.

Dalam satu hantaran di Instagramnya, Melisha meluahkan rasa syukur kerana di beri kepercayaan untuk menggalas gelaran sebagai Miss Grand Malaysia 2024.

BACA JUGA: Miss Universe Singapore 2024 Umum Finalis. Ibu Tunggal, Wanita Transgender Antara Yang Terpilih

“Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya dan gembiranya saya apabila dinobatkan sebagai Miss Grand Malaysia 2024! Perjalanan ini adalah bukti indah tentang kekuatan ketekunan, semangat dan percaya pada diri sendiri.

“Saya tidak akan berada di sini tanpa kasih sayang dan sokongan yang tidak pernah pudar daripada keluarga, rakan-rakan, dan setiap seorang daripada anda yang percaya pada saya,” ujarnya.

Merupakan graduan dalam jurusan pemasaran, Melisha aktif sebagai hos kepada pelbagai acara berprestij. Selain itu dia juga mula berjinak dalam dunia lakonan menerusi filem pertamanya, Oppa, yang disiarkan pertengahan tahun ini.

Bukanlah asing dalam dunia ratu cantik, wanita berusia 26 tahun ini pernah bergelar Miss Supranational Malaysia 2022 dan meraih kedudukan top 24 di pertandingan peringkat antarabangsa yang berlangsung di Poland.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI