
Setelah menceburi dunia politik dan dilantik sebagai Utusan Khusus Presiden Bidang Pembinaan Generasi Muda dan Pekerja Seni, pelakon dan pengacara popular Indonesia, Raffi Ahmad telah melakukan pengisytiharan harta.
Nilai kekayaannya diketahui berdasarkan Laporan Kekayaan Pegawai Negeri (LHKPN) 2025 yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK).
Dalam laporan tersebut pemilik nama penuh Raffi Farid Ahmad itu dinyatakan memiliki harta bernilai 1.033 trilion rupiah atau bersamaan dengan RM282 juta.
Menurut laporan terkini daripada KPK, sumber kekayaan Raffi berasal daripada pelbagai aset mewah, termasuk hartanah, kenderaan eksklusif dan pelaburan dalam bentuk sekuriti.
Memiliki sebanyak 45 bidang tanah dan bangunan yang terletak di beberapa lokasi strategik di Indonesia seperti Jakarta, Depok, Tangerang, Bali, Bandung, dan Makassar.
Kesemua aset hartanah yang dimiliki oleh suami kepada Nagita Slavina ini dianggarkan bernilai sekitar 737 bilion Rupiah atau kira-kira RM200 juta.

BACA JUGA: Miliki Kekayaan Melimpah Ruah, Raffi Ahmad Kesal Dituduh ‘Cuci’ Wang Haram
Selain hartanah, Raffi juga memiliki koleksi kenderaan mewah. Dia dikatakan mempunyai sebanyak 23 buah kereta dan motosikal mewah dengan nilai keseluruhan sekitar 55 bilion Rupiah atau RM15 juta..
Selain memiliki aset fizikal yang luar biasa, Raffi turut mempunyai pelaburan dalam bentuk sekuriti (surat berharga) bernilai 308 bilion Rupiah atau RM84 juta.
Wang tunai serta aset setara tunai yang dimilikinya berjumlah 5.3 bilion Rupiah atau sekitar RM1.4 juta, menjadikan beliau antara selebriti terkaya di Indonesia.
Kesemua harta-harta yang dimiliki ini merupakan harta yang diperolehnya sebelum menceburkan diri dalam dunia politik.
Seperti yang diketahui umum, Raffi bukan sahaja bergelar anak seni yang berjaya bahkan dia menceburkan diri dalam pelbagai cabang bisnes yang membawa kepada kekayaan yang dimilikinya kini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI