Pemergian mengejut pelakon popular Thailand, Akkaphan Namart, yang mesra dikenali sebagai Om, telah meninggalkan ribuan peminat dan rakan-rakan dalam kesedihan yang mendalam.

Om, 39 tahun, meninggal dunia pada pagi 22 September 2024, seperti yang disahkan oleh agensinya, Channel 7, menerusi pengumuman di laman Facebook mereka.

Walaupun pengumuman tersebut tidak menyatakan punca kematian secara terperinci, umum mengetahui aktor tersebut menghidap kanser otot jantung yang didiagnos sejak 2022.

Dua Tahun Berjuang Melawan Sakit, Pelakon Popular Thailand Meninggal Dunia
Sumber foto: IG Akkaphan Namart

Meskipun telah menjalani kemoterapi dan pembedahan, yang dianggap berjaya oleh doktor pada tahun 2023, kesihatannya dilaporkan semakin merosot

Ads

Om memilih untuk berehat daripada dunia lakonan untuk memberi tumpuan kepada pemulihannya, namun dia terus berkongsi perkembangan terkini dengan para pengikutnya menerusi sosial media

Memulakan kerjaya lakonannya dengan Saluran 3 pada tahun 2008, Om kemudiannya beralih ke Saluran 7 dalam rangka meluaskan lagi portfolionya sebagai pelakon.

Dua Tahun Berjuang Melawan Sakit, Pelakon Popular Thailand Meninggal Dunia

Ads

Antara kejayaan terbesarnya dalam dunia lakonan apabila dia memenangi anugerah Golden TV untuk kategori pelakon pembantu terbaik bagi siri Phra Chan Lai Phayak.

Menurut laporan, majlis mengebumian sedang diadakan di Kuil Wat That Thong di Bangkok, dengan ritual tradisional Buddha akan berlangsung selama hampir seminggu. Upacara pembakaran mayat pula dijadualkan pada 28 September pada pukul 3 petang.

Ads

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI