Pelakon, Raja Atiq memaklumkan dirinya telah telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Kuala Klawang International Circuit, Jelebu Negeri Sembilan.
Difahamkan, bintang drama bersiri Nur itu membonceng sebuah motorsikal berkuasa tinggi lalu mengalami kemalangan.
Bagaimanapun, Atiq memberitahu dia hanya mengalami kecederaan ringgan dan telah mendapatkan rawatan di Wad Kecemasan Hospital Jelebu, Negeri Sembilan.
“Allahu nasib baik okay Alhamdulillah Ya Allah hati2 ye sbb rasanya ada grabble (pasir halus) Atiq tk overshoot okay je tpi rasanya di sbbkan tula hm tkpe Atiq okay tkde cedera teruk ,terima kasih kawan2 jugak bantu.
Ads
“Yang tunggu moto utk towing @u.iyadz ,nabil ,rafiq terima kasih dgn yg lain jugak sampai hujan dkat genting peras lagipun Atiq first time situ nk knal jalan ,terima kasih juga sahabat rapat Atiq @irfanaimannn_ dan & iesma follow Atiq gi Hospital,” tulisnya.
Hadir berpakaian sedondon rona merah pada majlis pernikahan penyanyi Aiman Tino, penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya mengakui hatinya kini sudah dimiliki seseorang.
Walau bagaimanapun, Sufian, 31, enggan terlalu mendedahkan identiti wanita berusia 23 tahun itu kerana bimbang perkara itu akan membuatkan kekasihnya berasa tidak selesa.
“Betul, itulah teman wanita saya. Bukan hendak berahsia tetapi saya tidak mahu terlalu berkongsi.
“Kalau keluar bersama, kami buat seperti biasa dan tidak pula menyorokkan hubungan kami.
Melakonkan beberapa adegan mesra di dalam drama terbaharu yang berjudul Senyawa, pelakon Shah Jaszle akui bersyukur kerana dikurniakan isteri yang sangat memahami bidang pekerjaannya itu.
Menurut Shahz atau nama sebenarnya Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin,
babak-babak mesra yang ditunjukkan di dalam drama tersebut hanya permainan kamera dan dipantau rapi oleh pihak pengarah.
“Isteri saya sangat menyokong kerjaya saya. Babak-babak yang anda lihat di trailer, kesemuanya adalah ‘cheat shot’ kerana pengarah memang seorang yang menjaga batas pelakon.
“Saya dan isteri berkenalan selepas saya mula berlakon dan kami tidak pernah ada isu mengenai heroin yang akan bergandingan dengan saya,” katanya kepada MH.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Senyawa, baru-baru ini.
Katanya lagi, isteri yang juga merupakan pengurusnya itu telah pun dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak penerbit mengenai babak-babak tersebut.
“Isteri adalah pengurus saya. Sewaktu saya berjumpa dengan Jason Teo untuk berbincang mengenai kontrak drama Senyawa, Jason terus maklumkan kepada isteri saya bahawa watak saya mempunyai beberapa babak ‘daring’.
“Dia tanya kepada isteri saya, awak tak kisah ke? Isteri saya terus jawab, dia okay sahaja. Lagipun, skrip drama ini telah pun sampai ke isteri saya terlebih dahulu. Malah, dia sebenarnya yang menerima tawaran ini.
“Isteri saya pun tahu saya ini sejenis yang pergi kerja dan bila habis, saya terus balik. Anak-anak pun ada di rumah. Saya memang tiada masa nak buat perkara yang bukan-bukan,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Shahz juga amat menghargai pengorbanan isterinya itu yang sanggup membahagikan masa buat keluarga selain turut menguruskan kerjaya suaminya.
Malah, hubungan mereka kini makin bertambah erat selepas dikurniakan anak ketiga pada Jun lalu.
“Saya bersyukur dikurniakan isteri yang sanggup berkorban demi keluarga. Saya pun jadi lebih bersemangat untuk mencari nafkah dan rezeki.
“Kadang kala, ada yang bertanya, tak tergugat ke bila berlakon dengan aktres-aktres cantik? Jawapan saya adalah, saya ada isteri yang sangat baik di rumah. Dia juga sangat cantik.
“Bila dapat isteri yang boleh menjaga anak-anak dan menguruskan saya, itu merupakan pekej lengkap. Saya sangat menghargai dan bersyukur dikurniakan isteri yang sangat baik,” akhirinya.
Sekadar informasi, Shahz mendirikan rumah tangga dengan Nur Hanis Husna pada 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alana Jasmeen, Ayden Jasreen, dan Aurora Jane yang kini berusia empat bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram Shahz Jaszle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Melebarkan sayap mereka lebih jauh, kuartet popular, DOLLA bakal meninggalkan impak dalam industri permainan dalam talian melalui kolaborasi bersama permainan mudah alih Garena untuk kempen “Free Fire Untuk Semua”.
Kerjasama mereka bersama permainan berbentuk aksi perlawanan tersohor ini juga berpkasi pada sebuah lagu yang dicipta khas berjudul ‘FIGHT’.
Kempen induknya, “Free Fire Untuk Semua,” bertujuan membawa para pemain bersama, dengan Free Fire mewakili ikatan yang mereka kongsi.
Kerjasama ini melambangkan usaha berterusan Garena’s untuk mewujudkan kandungan berunsur tempatan buat komuniti Free Fire di Malaysia.
Bahagian terbaharu kempen memberi fokus kepada pemerkasaan aneka budaya melalui Free Fire, sejajar dengan kempen “Free Fire Untuk Semua Budaya” (“Free Fire For All Cultures” dalam Bahasa Inggeris).
“FIGHT”, menggabungkan beberapa bahasa dan unsur tradisional untuk menekankan tema budaya.
Lagu ini turut menampilkan beberapa kata kunci penting dari acara tahunan Free Fire yang berjudul Rampage, yang akan berjalan serentak bersama kempen “Free Fire Untuk Semua Budaya” bulan ini.
“Melakukan penggambaran untuk Free Fire adalah satu pengalaman luar biasa. Itulah pertama kali kami terpaksa berlatih untuk gerakan lagak ngeri bersama kesan visual khas. Pengarah kami memang hebat,” ujar Tabby.
“Kami sangat bersyukur dan ingin berterima kasih kepada para pelagak ngeri terbabit kerana sudi mengajar kami cara berlawan dan menggunakan senjata. Terima kasih kerana sentiasa menjaga kami dan memastikan tiada kecederaan yang serius terjadi. Saya memang menantikan Kerjasama ini dan tidak sabar untuk melihat peminat kami menyertainya,” tambah Sabronzo.
Sementara itu, bagi Syasya ia suatu pengalaman baru bagi mereka.
“Kami tak pernah buat aksi lagak ngeri atau sebarang bentuk gerak lawan sebenar. Jadi pengalaman ini sesuatu yang baru. Dan bila terpaksa membayangkan suasana dengan kesan visual, itu satu cabaran juga,” jelasnya.
“Oleh kerana ini permainan dalam talian berbentuk perlawanan dengan banyak pihak, Kerjasama adalah sangat penting.
“Saya gembira DOLLA menjadi sebahagian dari kempen ini kerana dengan cara itulah kami bertahan. Kerjasama!” ujar Angel pula.
Gelombang terbaharu acara “Free Fire Untuk Semua” akan berlangsung dari 13 hingga 30 Jun dan akan menyaksikan Free Fire meraikan perbezaan dalam komuniti.
Lagu kolaborasi berjudul FIGHT akan dilancarkan dengan sebuah video muzik rasmi sejak 17 Jun lalu dan boleh juga didiapati di semua wadah penstriman digital serta laman sosial lainnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.