Percaya elemen tekstil mampu membuatkan Malaysia terus dikenali mendorong pelakon dan usahawan selebriti Bkay Nair menerbitkan sebuah filem dokumentari mengenai seni batik.
Baginya, satu penerbitan mengenai dunia batik dan mereka yang mahir mengenai seni tekstil itu yang digelar pembatik akan dihasil sekitar tahun depan.
“Saya dan pasukan merancang untuk menerbitkan sebuah dokumentari dengan menampilkan pembatik di seluruh negara serta bercerita mengenai tekstil ini.
“Banyak kisah menarik mengenai batik termasuk disiplin menghasilkannya, rekaan dan jenis serta warna yang digunakan akan dikongsikan.
“Malah ada yang kita sendiri tidak tahu seperti eksperimental batin yang dihasilkan mengikut mood tukang canting batik atau pembatik itu sendiri serta bahan organik yang digunakan untuk lukisan tekstil,” katanya.
Bkay yang juga model dan pereka fesyen berkata demikian pada majlis Malaysia Heritage Showcase yang berlangsung Sabtu lalu menampilkan pelbagai koleksi batik.
Fokus utama pertunjukan fesyen yang diadakan itu ialah menampilkan 33 sari dari tekstil batik di mana 15 rekaan (My Pride) adalah hasil canting tangan banduan daripada empat penjara Malaysia iaitu Marang, Pangkalan Cepur, Kajang, dan Machang.
Tambahnya, pihaknya juga akan memajukan sari batik ke Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam usaha mengiktiraf dan merekodkan tekstil identiti Malaysia itu.
“Saya mahu supaya UNESCO mengiktiraf sari yang diperbuat dari tekstil Malaysia iaitu batik menggunakan seni Canting tangan dan juga mesin.
“Untuk sari batik canting tangan juga eksklusif di mana hanya satu rekaan dihasilkan bagi satu sari,” katanya yang juga Miss India Tourism 2007/2008.
Terdahulu pada majlis anjuran Bkay Nair Resources milik pelakon filem Ratu The Movie itu, 70 rekaan eksklusif daripada sembilan pereka Malaysia, dengan 33 daripadanya ialah sari batik dipersembahkan.
Empat anugerah iaitu Anugerah Visi Muda (Sharleen David), Anugerah Keteguhan dalam Rekaan (My Pride),
Anugerah Corak Inovatif Terbaik (Munir – Dimu Designs) dan Anugerah Warisan Budaya (Linda Isa) turut disampaikan dalam menghargai mereka mengajar tekstil tempatan.
Bkay yang juga Presiden Persatuan Pembangunan Perniagaan Fesyen Malaysia, Malaysian Heritage Showcase terus menetapkan penanda aras dalam inovasi, impak sosial, dan perayaan budaya, mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam industri fesyen global.
Tamat Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@mediahiburanofficial Pelakon yang sinonim menerusi filem Ratu The Movie & Banglo No.99, Bkay Nair bercakap soal teman hidup baharu selepas perkahwinan pertamanya berakhir dengan perpisahan pada April 2018. Hargai seni tekstil, Miss India Tourism 2007/2008 itu juga kini optimis memperkenalkan pakaian tradisional kaum India iaitu sari yang dihasilkan dari batik bersempena pertunjukan fesyen Malaysian Heritage Showcase 2024 (MHS2024), 23 November depan. Dia pada masa sama turut mencancang untuk menerbitkan dokumentari mengenai keunikan batik di negara ini. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Natural scenery and relaxing healing songs(821806) – imataku