Pelakon Roy Azman Dikejarkan Ke Hospital Selepas Pengsan, Suspek Jantung

Share

Pelakon, Roy Azman dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas di dapati pengsan lalu.

Menerusi Instagram, bintang senior itu ada memaklumkan mengenai keadaan terkininya.

“Hai assalamualaikum Abang admitted lah dekat HKL, suspect jantung. Nak ucapkan ribuan terima kepada Sopek, Amin, Apai, Pian dan Bakri yang tolong daripada mula sebelum pengsan hingga sampai ke hospital bawakan parademik apa semua.

“Terima kasih kepada rakan yang melawat dan yang mendoakan kesihatan Abang, terima kasih banyak-banyak. InsyaAllah okay,” katanya menerusi posting video tersebut.

Serentak dengan itu, para peminat turut meninggalkan komen mendoakan agar bintang ini lekas sembuh, termasuk rakan selebriti.

MH mendoakan agar kesihatan Roy Azman kembali pulih seperti sedia kali.

Foto: Instagram Roy Azman

Published by
MH