Pelakon Senior Bollywood Yang Sinonim Berlakon Sama Govinda, Kader Khan Meninggal Dunia Pada Usia 81 Tahun

Share

Pelakon veteran Bollywood, Kader Khan meninggal dunia pada usia 81 tahun, lapor berita agensi PTI.

Kader yang dirawat di sebuah hospital di Kanada akibat sakit berpanjangan, disahkan meninggal pada jam 6 petang waktu tempatan.

Anaknya, Sarfaraz seperti yang dipetik berkata, bapanya meninggal dunia pada 31 Disember lalu sekitar jam 6.00 petang (waktu tempatan).

“Bapa saya sudah meninggalkan kita. Kematiannya pada 31 Disember jam 6.00 petang waktu Kanada. Dia jatuh koma pada tengahari dan berada di hospital bagi menjalani rawatan selama 16 ke 17 minggu,” jelasnya.

Pemergiaan salah seorang pelakon senior ini turut mendapat perhatian rakan selebriti lain, antaranya Amitabh Bachachan yang turut memberikan dedikasi menerusi Twitter.

Difahamkan, Kader dikatakan menghidap penyakit Progressive Supranuclear Palsy, iaitu penyakit yang membuatkan kesihatan merosot lalu menyebabkan pesakit sukar untuk berjalan, hilang imbangan dan dementia.

Kader sebelum ini terkenal menerusi watak komedi, bapa dan antagonis menerusi filem-filem lakonannya di Bollywood seperti Judaai, The Don, Hero No.1, dan banyak lagi.

Sumber: NDTV

 

 

Published by
Rafiq Mazlan