Semakin hari semakin ramai personaliti terkenal Hollywood yang lantang bersuara mengenai isu yang berlaku di Gaza.
Terbaharu, pelakon utama siri dan filem Sex & The City, Cynthia Nixon telah menyertai satu demonstrasi mogok lapar yang diadakan oleh gabungan aktivis antara agama di hadapan White House bagi menggesa gencatan senjata di Gaza.
Apa yang menarik mengenai aktres ini, dia memperkenalkan dirinya sebagai ibu kepada kanak-kanak Yahudi yang datuk neneknya adalah mangsa Holocaust. Ini kerana dua anaknya berketurunan Yahudi di sebelah bekas suaminya.
Bercakap kepada orang ramai, Nixon menyatakan, “Israel telah membunuh lebih ramai orang awam di sebidang tanah yang kecil daripada yang terbunuh dalam 20 tahun perang di negara Afghanistan.”
BACA JUGA: Susan Sarandon & Melissa Barrera Hilang ‘Job’ Gara-Gara Pendirian Pro-Palestin
Dia juga menyatakan bahawa 1,200 orang Israel terbunuh dalam serangan Hamas dan menegaskan bahawa tidak satu pun daripada perkara tersebut adalah normal.
Selain memberi kesedaran dan menggesa gencatan senjata secara total dilakukan. Cynthia turut mengetuai aktivis yang lain membaca setiap nama dan umur rakyat Palestin yang terbunuh.
Simbolik pembacaan itu adalah untuk mengingatkan kepada masyarakat bahawa mangsa yang terkorban bukanlah sekadar nombor tetapi mereka adalah manusia yang memiliki jiwa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI