Shannen Doherty yang terkenal menerusi siri popular “Charmed” dan “Beverly Hill, 90210” telah mengembuskan nafasnya yang terakhir pada Sabtu, 13 Julai 2024.

Berita mengenai kematian pelakon berusia 53 tahun itu disahkan sendiri oleh pengurus publisitinya, Leslie Sloane dalam satu kenyataan kepada pihak media.

“Dengan berat hati saya mengesahkan kematian pelakon, Shannen Doherty. Pada hari Sabtu, 13 Julai, dia kalah dalam perangnya dengan kanser selepas bertahun-tahun melawan penyakit itu.

“Pada saat kematiannya Shannen dikelilingi oleh orang tersayang serta anjingnya, Bowie. Keluarga memohon privasi mereka pada masa ini supaya mereka boleh berkabung dengan aman,” ujar Leslie.

Shannen (tengah) bersama dua lagi pelakon utama siri Charmed.

BACA JUGA: Influencer Tamatkan Riwayat Sendiri Kerana Buli Siber, Aqasha Selar Individu Pengecut

Mendiang Shannen disahkan menghidap kanser payudara pada Februari 2015, dan pada 2017 dia disahkan bebas penyakit tersebut. Walau bagaimanapun menjelang 2019 kanser itu telah kembali dan merebak.

Pada tahun 2020, dia mengumumkan keputusan diagnosis kanser kepada umum yang menunjukkan penyakitnya berada pada tahap 4 metastatik.

Kemudian, pada Jun 2023, aktres itu berkongsi menerusi satu video di Instagram   bahawa kanser telah merebak ke otaknya dan dia telah menjalani pembedahan.

Ketika hidup, dia yang terkenal dengan watak Prue Halliwell dalam siri Charmed sangat lantang menyebarkan kesedaran mengenai kanser dan menyumbang kepada dana penyelidikan penyakit tersebut.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI