Pelakon dan ahli perniagaan, Syanie Hisham, kini memilih untuk bertudung mengenakan tudung, serentak pada hari pernikahannya dengan Zahril Hafiz Mohammed Nor pada 19 Februari lalu.
Syanie, 47, berkata keputusan tersebut sebenarnya sudah disuarakan kepada suaminya sejak tahun lalu.
“Saya memang ada berkongsi dengan suami (ketika itu masih berstatus tunang) mengenai keputusan nak bertudung. Dia ada bertanya bila nak ke arah itu.Saya bagaimanapun menjawab belum pasti lagi bila.
“Cuma saya ada beri bayangan akan bertudung secara rasmi pada hari pernikahan. Dia pun paling suka dengan apa yang saya bakal lakukan.
“Tanpa bercakap panjang, dia hanya tunduk bersetuju. Alhamdulillah, saya kotakan perkara itu saat kami diijabkabulkan,” katanya.
Ads
Dia dan suaminya mengikat tali pertunangan Ogos tahun lalu.
Tambah peserta program Masterchef Selebriti musim kedua itu lagi, dia tekad berbuat demikian bagi menjaga batas dan maruah suaminya.
“Apa jua keputusan saya lakukan, dia tetap menyokong,” katanya.
Ads
Dalam perkembangan lain, Syanie menjelaskan, imejnya itu tidak menjadi masalah untuk filem Hantu Kuat Ketawa yang bakal dilakonkannya tidak lama lagi.
“Secara kebetulan dan bagai dipermudahkan, filem kedua arahan Mawi yang menggandingkan saya dengan Saiful Apek itu memang watak bertudung.
Ads
“Jadi, saya ‘on’ saja. Insya-Allah penggambaran filem itu akan bermula 27 Februari ini. Saya sendiri teruja kerana filem komedi seram itu akan mengimbas kembali kenangan berlakon dengan Saiful Apek suatu ketika dahulu.
“Daripada zaman filem Senario, Cinta Luar Biasa, Laila Isabella dan Biar Betul, saya sebenarnya terlalu rindu untuk kembali beraksi dengan Saiful Apek. Terima kasih Mawi kerana kembali menyatukan kami,” katanya.
Syanie melangsungkan pernikahan buat kali ketiga dan kini bahagia bersama perunding kewangan berusia 41 tahun dan berstatus duda tanpa anak itu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) .
Majlis tersebut berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Di saat warga New Zealand berkabung menghormati kematian 50 mangsa tragedi 15 Mac, di Syria, seorang wanita meraikan Hari Ibu dengan kematian empat anaknya dibedil jet pejuang.
Menerusi laman Instagram Heliza Helmi, difahamkan kejadian berlaku di Idlib beberapa jam lepas.
“Sebentar tadi
Hari Ibu diraikan di Syria pada 21 March disambut dengan ‘Sinks and Pain’ apabila jet pejuang membunuh 4 kanak-kanak dan meninggalkan ibu mereka keseorangan dalam kesedihan luar jangka melihat mayat anak-anaknya hancur.
“Kejadian ini berlaku di bandar Idlib 5 jam lepas. Hasbunallah waniqmal wakil,” kongsinya daripada Dr. Sani Araby Al Kahery, Ketua Misi Bantuan Kemanusian RescueSyria (MAPIM Malaysia).
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal menzahirkan rasa syukur selepas selesai menunaikan ibadah umrah di tanah suci, Mekah pada Sabtu bersama keluarga dan para pekerja syarikatnya.
Bagaimanapun, Wawa memaklum dia telah diserang demam panas pada sebelah pagi sehingga menyebabkan dirinya sukar untuk bangun dan mengalami muntah darah.
“Alhamdulillah selesai menunaikan umrah semalam. Pagi tu saya sakit sangat memang tak mampu nak bangun sampai muntah darah.
“Mungkin sebab panas dalam. Minta doa banyak-banyak supaya sembuh supaya boleh umrah bersama team. Alhamdulillah dipermudahkan,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories.
Jelas isteri kepada pelakon, Aeril Zafril itu lagi, pada awalnya dia menjangkakan dirinya diserang virus Covid-19 namun hasil ujian didapat negatif.
Pada masa sama, Wawa akui agak letih disebabkan jadual kerja yang agak padat sebelum berangkat ke Mekah.
“Dua kali periksa (Covid-19) sebab sakit sendi dan urat. Tak boleh bawak bincang. Tapi alhamdullilah, mungkin letih sangat kerja tak henti sejak balik daripda program Sabah dengan team.
“Selepas itu, terus ke sini. Badan pulak dah cecah lebih 30 tahun (umur) tapi perasan 20 tahun. Boleh buat semua benda,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Wawa akui lega apabila kesihatannya kembali pulih dan segala urusan menunaikan umrah telah dipermudahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah selebriti, Da’i Syed tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor bagi sebutan semula kes rayuan atas dakwaan kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.
Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful tiba di mahkamah sekitar jam 9.15 minit pagi.
Da’i Syed yang mengenakan suit kelihatan tenang sambil seorang pengawal peribadi.
“Assalamualaikum, saya harap semuanya berjalan dengan keadaan baik insyaAllah,” katanya ringkas.
Terdahulu, selepas 21 hari berada dalam penjara menjalani hukuman atas pertuduhan merogol seorang wanita, Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 20 September lalu.
Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed selaku pemohon untuk menggantung pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi.
Pada 30 Ogos lalu, Syed sebagai tertuduh ketika itu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mengikut pertuduhan Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama penyanyi dan bintang realiti terkenal, Jessica Simpson, kembali mencuri perhatian apabila beliau mendedahkan rahsia pelik di sebalik kelunakan vokalnya.Dalam sebuah video yang dimuat...