
Pelakon yang sinonim menerusi filem Twilight, Gregory Tyree Boyce ditemui mati pada 13 Mei lalu di kediamannya di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Turut ditemui ialah mayat teman wanitanya, Natalie Adepoju, 27.
Walau bagaimanapun, sehingga kini punca kematian belum didedahkan pihak berkuasa.
Boyce memegang watak Tyler Crowley iaitu rakan sekelas kepada Bella Swan lakonan Kristen Stewart dalam filem pertama Twilight sekitar tahun 2008.
Menurut ibu mendiang, Lisa Wayne, Boyce baru-baru ini punya perancangan untuk memulakan perniagaan restoran namun hajatnya tidak kesampaian.
Mendiang meninggal dunia pada usia 30 tahun.
Sumber : Variety.com
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kongsi Pengalaman Cucuk Vaksin, Kata Tasha Manshahar, Ini Ikhtiar Ibu Bapa Buat Anak

Pengalaman menjadi ibu buat pertama kali cukup bermakna bagi bekas penyanyi, Tasha Manshahar.
Mengabadi setiap detik perkembangan anak di laman Instagram, wanita ini berkongsi kisah vaksin tambahan untuk si anak Muammar Rafiqi.
Jelasnya, vaksin tambahan merupakan perlindungan tambahan bagi mencegah penyakit merbahaya yang menyerang bayi kecil.
“Alhamdulillah, ada kesempatan bawa Muammar ambil vaksin Pneumococcal 1 harini. Pneumococcal ni vaksin tambahan tau. Tak sama macam kita injection monthly. Kalau ada rezeki lebih, boleh ambil vaksin ni. Ni baru 1. Untuk vaksin jenis ni ada beberapa kali suntikan ikut tempoh tertentu.
“Untuk Muammar, kami memang plan untuk ambil full vaksin di @kumpulan_megaklinik_zahran . May Allah ease.
“Bakteria Pneumococcal ni biasanya ada dalam saluran penafasan dan disebarkan melalui batuk atau bersin. Macam-macam penyakit membahaya boleh jadi kalau diserang pneumococcal ni.
“Jadi, ni antara ikhtiar yang kita boleh ambil sebagai perlindungan extra untuk anak-anak.
“Dia ada dua jenis suntikan vaksin Pneumococcal, Synflorix atau Prevenar. Fungsinya sama, harga berbeza sebab Synflorix cover 10 jenis bakteria, Prevenar pulak cover 13 jenis bakteria. Lepas dengar advice doktor, kitorang suami isteri decide untuk ambil Prevenar. Kalau mommies interested, please consult doktor dulu supaya doktor boleh explain further pasal vaksin ni
“Mommy bangga la dengan Muammar sebab nangis kejap je harini. Mungkin tak berapa sakit sebab peha Muammar kan tebal,” tulisnya.
Sementara itu, Tasha turut berkongsi cerita lucu bagaimana cara untuk menenangkan hati putera tercinta.
“Jangan terkejut mommy buat2 telefon doktor hujung-hujung tu. Kena gigit nyamuk pun kadang mommy akan buat2 telefon doktor “hello doktor anak saya kena gigit nyamuk ni, boleh tak saya nak panggil ambulan?”. Mommy kan over. Apa kurangnya dedi di awal video, “peganggg tangan dedi!”. #babyzahran #anakmommy #favouriteboymommy,” tambahnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by @ tashamanshahar on
Perkongsian yang cukup bagus untuk menerbitkan kesedaran ibu bapa betapa pentingnya pengambilan vaksin tambahan bagi meningkatkan imuniti si kecil.
Foto : Instagram Tasha Manshahar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ernie Zakri Sah Nyanyi Lagu Astana Di SFMM38 Esok

Penyanyi Ernie Zakri mengesahkan dirinya akan membuat persembahan menerusi lagu Astana di Semi Final Muzik Muzik ke-38 (SFMM38) hari kedua pada Sabtu.
Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi bakal menarik diri daripada menyertai pertandingan itu selepas dikatakan tidak menerima sebarang kenyataan rasmi daripada bekas syarikat rakamannya, Rocketfuel Entertainment untuk menggantikannya dengan penyanyi Nadeera.
“Seperti yang diperkatakan sebelum ini, saya selaku penyanyi asal dan komposer lagu ini sudah tentu mahu menyanyikan lagu ini. Mana mungkin tidak.
“Malah, tidak pernah sekali saya berkata atau mengeluarkan kenyataan tidak mahu dan tarik diri.
“Jadi, selepas melalui proses perbincangan yang panjang antara semua pihak dan pihak Universal Music Malaysia pun tidak pernah menghalang saya untuk menyanyikan lagu ini, saya dengan penuh gembira akan menggalas sendiri tanggungjawab untuk mempersembahkan lagu Astana.
“Terima kasih sekali lagi kepada pihak Universal Music Malaysia yang sentiasa memahami dan percaya akan bakat saya. Kepada peminat dan semua pihak yang sentiasa ambil berat, saya hargai sokongan anda,” katanya.
Sementara itu, Syarikat rakaman Universal Music Malaysia yang mewakili Ernie berkata, perkara tersebut diputuskan selepas pihak Rocketfeul menghubungi pihaknya, semalam.
“Rocketfuel ada menghubungi kami untuk berbincang perkara ini. Selepas mengambil kira banyak perkara selain tidak mahu membiarkan isu ini berlanjutan, jadi Universal Music Malaysia bersetuju dan membenarkan Ernie selaku penyanyi asal dan komposer lagu Astana untuk membuat persembahan.
“Berhubung terma perbincangan yang belum selesai antara pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) dengan Media Prima Berhad, pihak RIM menyerahkan perkara ini kepada kami di Universal Music Malaysia untuk membuat keputusan.
Ditambah lagu ini sudah pun dicalonkan sejak Februari.
“Pada masa sama, kami tidak mahu isu ini terus berpanjangan dan diperdebatkan. Diharap pihak terbabit segera mencari solusi terbaik,” katanya.
Terdahulu, RIM dan MPA dalam kenyataan berkata, mereka masih dalam rundingan dengan Media
Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik yang disiarkan di TV3.
Pengerusi RIM Rosmin Hashim berkata, sesi dialog sudah dibuat membabitkan semua pihak sejak Ogos lalu namun tidak dapat mencapai penyelesaian yang memuaskan.
Malah, Universal Music Malaysia juga berkata, Ernie selaku artis yang kini di bawah naungan mereka cakna mengenai kenyataan RIM dan MPA mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam Muzik-
Muzik yang masih dalam perundingan.
Astana ialah ciptaan bersama Ernie dengan Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman yang tercalon ke Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) ke-38 seperti yang diumumkan pada majlis sidang media yang dianjurkan oleh TV3 pada 10 Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Perkara Sama Tak Berulang,” – Selepas Sebulan Umum Cerai Di IG, Nora Ariffin Rujuk Semula Dengan Dr Rushdi

Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Nora berkongsi berita gembira itu kepada BH Online, sebentar tadi.
Menerusi mesej itu, Nora meluahkan rasa syukur kerana kemelut yang melanda rumah tangga sudah berakhir.
Bagaimanapun, Nora tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai proses rujuk termasuk tarikh.
“Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan.
“Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh edah,” katanya yang kini berada di Kemboja.
Sementara itu, Nora turut meminta semua pihak mendoakan yang baik-baik dan menjadikan iktibar atas apa yang berlaku.
“Semoga perkara yang sama tidak berulang,” ungkap penyanyi Renungan Terakhir ini.
Sebelum ini, ketika majlis sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey di BsyncLive Hall, baru-baru ini, pemilik nama lengkap Wan Norafizah Wan Ariffin itu menyerahkan kepada takdir mengenai kemungkinan rujuk semula dengan bekas suami.
Pada 12 Ogos lalu, Nora memuat naik video bekas suaminya menceraikannya dengan talak satu dalam video berdurasi 52 saat dalam IG.
Bagaimanapun, Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.
Selepas video tular, Nora menerima kecaman ramai dan mempertahankan bekas suami serta memaklumkan perkara itu bukanlah atas kehendaknya.
Pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik Allahyarham Johan.
Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI