Selebriti asal Singapura yang kini bergelar usahawan, Harris Baba bakal menerbangkan kumpulan popular Indonesia, Armada Band ke Sabah bagi mengadakan Konsert Armada Band – Janji Bahagia di Kota Kinabalu, Sabah pada 4 November depan.
Konsert istimewa itu akan diadakan di Sabah International Convention Centre (Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah) SICC bermula jam 8.00 malam.
Menariknya, Konsert Armada Band – Janji Bahagia itu merupakan projek pertama Harris bersama isterinya, Nik Naziha Zawawi di bawah syarikat milik mereka, Jeeharris Corporation.
Fokus Jeeharris Corporation ialah menjurus kepada pengurusan acara dan konsert. Terdahulu, pasangan ini telah banyak menjayakan pelbagai acara karnival di Sabah sementara konsert berkenaan adalah yang pertama dianjurkan mereka.
Mengulas mengenai pengajunran konsert tersebut, Harris tidak menafikan populariti kumpulan berkenaan di Sabah menjadi antara faktor dia dan isteri memilih Armada Band untuk mengadakan istimewa buat peminat tempatan.
“Tidak dinafikan, banyak lagu mereka dikenali di Sabah. Armada yang diangotai oleh vokalis Rizal Adi, drummer Meri Yandi dan guitarist Andika Maihendra akan menyampaikan 18 buah lagu.
“Antara lagu-lagu yang bakal dinyanyikan termasuklah Bebaskan Diriku, Asal Kau Bahagia, Pergi Pagi Pulang Pagi dan banyak lagi,” katanya.
Ads
Harris pada masa sama turut optimis berhasrat untuk membawa lebih ramai artis luar negara bagi membuat persembahan dalam skala konsert di Sabah khususnya.
“Kami berharap mendapat sokongan yang menggalakkan daripada peminat Armada Band di Sabah dan sekali gus dapat memeriahkan lagi aktiviti pelancongan dan mengalakkan lebih banyak persembahan konsert di Sabah.
“Kami juga akan menjadikan konsert ini sebagai satu tarikan untuk penduduk dari Labuan, Sarawak dan Brunei untuk datang menyaksikan bersama persembahan Armada band secara langsung,” katanya lagi.
Ads
Malah, pihak Jeeharris Corporation juga kini sedang meneliti beberapa nama penyanyi lokal Sabah untuk dijemput mengadakan persembahan pembukaan bakal pada konsert berkenaan.
Untuk informasi, layari myticket.asia dan tiket sudah pun dijual sejak 24 Julai lalu pada harga bermula RM129 sehingga RM799 (seating and meet & greet) selain boleh rujuk kepada media sosial Jeeharris Corporation.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Merindui bentuk badan ideal seperti sebelum ini, pelakon Nina Iskandar mengakui semuanya berubah apabila berbadan dua.
Malah, ada beberapa bahagian badannya yang ‘bertukar’, misalnya bentuk hidung yang kelihatan kian mengembang.
“I miss this moment. Bila hidung dah mengembang dan kita rasa diri dah membulat dan tak cantik.
“Tengok balik gambar-gambar lama, rasa nak nangis… dulu orang duk fitnah cakap bibir I botox, I buat muka,” tulisnya.
Mengimbau kembali peristiwa hitam apabila ditimpa kemalangan jalan raya, ada segelintir pihak membuat andaian pelakon itu menyuntik sesuatu di bahagian bibir.
Bagaimanapun, Nina menafikan perkara itu kerana bibirnya kelihatan membengkak kesan kemalangan di Lebuhraya Persekutuan Shah Alam – Petaling Jaya pada November 2018 yang dialaminya.
“Tapi hakikatnya time tu baru lepas accident so bibir still bengkak kerana jahitan yang belum betul-betul dissolved lagi.
“But honestly at one point I was enjoying my lips being plump. It felt sexy. Rasa macam Angelina Jolie. Rasa exotic sekejap macam Latina pun ada.
“Sekarang bibir pun dah kembali normal dan muka hidung semua makin mengembang,” selorohnya.
Terdahulu, kemalangan yang dialminya sekitar jam 3 pagi ketika dalam perjalanan pulang dari makan malam dan pengambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi.
Ketika itu, pelakon berusia 28 tahun itu difahamkan telah dilanggar dari belakang hingga menyebabkan kereta yang dinaiki berpusing dan melanggar pembahagi jalan.
Akibat dua kali pelanggaran dalam masa singkat, Nina mengalami kecederaan yang kini semuanya kembali pulih.
Penyanyi Nourul Depp berkongsi paparan mesej perbualan keluarga di laman Instagram miliknya membincangkan perihal jihad ke jalan Allah.
Difahamkan adiknya, Wahida meminta restu keluarga untuk memohon pertukaran bahagian ke Hospital Besar demi membantu pesakit Covid-19.
Menurutnya yang bekerja sebagai jururawat, kekurangan kakitangan menyebabkan ramai staf perubatan terpaksa bekerja lebih masa dan atas faktor itu, dia mahu mengisi ruang bagi mengurangkan beban yang dihadapi kakitangan barisan hadapan lainnya.
“Bila adik kami @anakmisi pun mohon tukaq dari dept hemodialilsis ke GH untuk bantu patient #covid19.
Ini jihad. Ini pahala. Pergilah kalau itu yang terbaik. Sedih lagu mana tak tau.
“Semoga dipermudahkan. @anakmisi adik bungsu perempuan. Membesaq dalam tangan kami. Tengoklah @kkmm_gov terima ka dak. #stopcovid19#stayhome,” kongsinya.
Pelakon Syafiq Kyle mengakui dia rela berkorban untuk mencukur licin misai demi menjayakan watak sebagai seorang lelaki lembut menerusi nakshah terbaru.
Mengakui mahukan watak yang berbeza dan segar, bintang Nur ini sanggup berbuat demikian, mendukung peranan sebagai Shiba menerusi telefilem, Shiba Shiba Doo.
“Saya harus mencukur misai bagi penampilan wajah yang lebih bersih. Bagi saya ia merupakan salah satu skrip yang bagus.
“Ia ketengahkan perihal golongan minoriti dalam kalangan masyarakat.
“Sebagai pelakon, saya berbangga apabila diberi peluang menjayakan watak sedemikian dan ini adalah pengalaman baru buat saya,” jelasnya.
Menerusi drama tersebut, Shiba digambarkan sebagai seorang peguam.
Tidak gentar dengan kritikan yang bakal diterima, Syafiq menjelaskan, penerimaan watak ini antara lain membawa dimensi berbeza dalam kerjayanya sebagai pelakon.
“Saya berani menerima watak ini kerana ia adalah cabaran dan kelainan yang peminat mahu lihat.
“Untuk watak ini, pihak produksi beri rujukan karakter seseorang yang cukup terkenal sebagai inspirasi watak berkenaan,” katanya kepada MH.
Dalam perkembangan lain, pelakon TV Lelaki Popular ABPBH Ke-31 ini bakal muncul dalam filem Pusaka sebagai pegawai penyiasat yang berhadapan dengan perkara mistik.
Filem yang turut dilakonkan Mimi Lana, Sweet Qismina dan Faizal Hussien itu bakal ditayangkan 31 Oktober depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!