Pelakon veteran Indonesia, Donny Kesuma dilaporkan meninggal dunia hari ini pada tanggal 19 Mac 2024 di salah sebuah hospital di Bekasi.

Menurut laporan media, berita kematian aktor yang juga bekas atlet softball itu disahkan sendiri oleh bekas isterinya, Yuni Indrianti, menerusi panggilan telefon.

Meninggal dunia pada usia 55 tahun, pelakon filem Buya Hamka ini sebelum itu telah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi masalah lemah jantung.

Sebelum ini ada berita menyatakan bahawa Allahyarham Donny mengalami serangan jantung, namun perkara itu dinafikan anaknya, Ghassan.

“Untuk serangan jantung yang dikatakan itu sebenarnya bukan serangan, sebaliknya jantung ayah menjadi lemah dan bukanlah mengalami serangan jantung secara tiba-tiba,” ujar Ghassan.

BACA JUGA: Adik Melly Goeslaw Meninggal Dunia. Biar Beza Agama, Kasih Sayang Tetap Utuh

Sebelum kematiannya, Allahyarham Donny terlebih dahulu dibawa masuk ke hospital dan dibenarkan pulang ke rumah.

Namun selang beberapa hari kesihatannya merosot dan dibawa semula ke hospital pada 16 Mac lalu sebelum menghembuska nafas terakhir hari ini.

Imbas kembali, Allahyarham cukup popular sekitar tahun 1990an dengan membintangi pelbagai sinetron. Antara karya lakonannya seperti Bidadari Yang Teluka, Sitti Nurbaya dan Jodoh Wasiat Bapa 2.

Selain berlakon sinetron, Donny turut terlibat sebagai pelakon filem. Antara lakonannya adalah menerusi filem-filem seperti Kawin Kontrak, My Idiot Brother dan Buya Hamka.

Allahyarham meninggalkan tiga orang cahaya mata.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI