Pelakon Wafa Abdul Kadir Hidap Kanser Ovari & Peritoneal Tahap 4, Rakan Artis Titip Doa

Share

Pelakon senior, Wafa Abdul Kadir difahamkan kini menderita Kanser Ovari dan Kanser Peritoneal tahap 4. 

Terdahulu bintang berusia 53 tahun ini sinomim menerusi filem Azizah The Legend. 

Atas keprihatinan itu, Adam Hamid yang juga merupakan rakan pelakon dan pengarah ada memuat sekeping gambar seniwati Wafa di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini. 

“Mohon doakan Seniwati Wafa Tan Sri Abdul Kadir agar Allah kuatkan Semangat dan memberikan syifa buat Kak @wafaabdulkadir”

“Yang sekarang sedang bertarung Kanser Ovari dan Kanser Peritoneal tahap 4”

“Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, untuk pengetahuan semua Kak Wafa sekarang berada di rumahnya #AllahSayangKakak.”

“Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman”

“Ya Allah hanya kepadaMU aku bermohon Ya Rahman,  sembuhkanlah kak Wafa secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya”.

“Aminnn aminnn Ya Rabbal Alamin” tulisnya. 

Malah, perkongsian sama turut dikongsi kembali (repost) dari rakan artis seperti Zarina Zainuddin. 

Pada masa sama, ada juga yang turut memberi kata-kata semangat kepada Wafa supaya cepat sembuh dan tabah hadapi ujian.

Foto : Instagram Adam Hamid Jarnail dan Berita Harian

Published by
Nazar Rafiqhi