Pelakon Zul Ariffin Dipercayai Hadir Ke SKMM Sekitar Jam 10 Pagi Tadi

Share

Pelakon Zul Ariffin difahamkan telah hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya kira-kira jam 10 pagi tadi.

Memetik Harian Metro, keberadaannya di pejabat berkenaan dipercayai untuk memberi kenyataan berhubung perkongsian sepotong video babak panas dalam drama Perempuan Itu lakonannya bersama pelakon baru, Siti Hariesa di Instagram, baru-baru ini.

Menurut sumber, Zul yang hadir bersama beberapa individu. Bagaimanapun, Zul meninggalkan bangunan itu kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun Twitter menjelaskan, Zul yang akan disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) 1998 berhubung perkara itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

Sumber, Foto: Harian Metro, The Star

Published by
MH