Insiden kehilangan membabitkan remaja perempuan Ireland sejak minggu, Nora Anne Quoirin nyata menarik perhatian pelbagai pihak.

Malah, golongan selebriti turut memberikan reaksi terhadap misteri kehilangan remaja tersebut, antaranya pelakon Sharnaaz Ahmad.

Menerusi posting di Instagramnya sehari lalu, aktor ini menyatakan rasa serta menuntut keadilan atas tragedi yang menimpa Nora Anne.

“Rest now dear Nora Anne, berat menerima berita ini, tapi harap keluarganya tabah. Pelaku wajib mati dan diseksa sebelum mati.

IKLAN

“Kerajaan jangan sesekali sebut pasal hapuskan hukuman mati. MUSTAHIL!,” tulisnya.

Terdahulu, Nora Anne yang berusia 15 tahun telah dilaporkan hilang dari sebuah resort penginapannya sekeluarga kira-kira 10 hari lalu.

IKLAN

Misteri kehilangannya sekali gus mencetuskan tanda tanya dan sejurus operasi mencari dan menyelamat dijalankan, pihak berkuasa dilaporkan telah menemui mayat wanita berkulit putih kira-kira 2.5 kilometer dari lokasinya hilang.

Memetik laporan Kosmo! sehari lalu, polis mengesahkan mayat yang dijumpai berdekatan anak sungai di Pantai Hills dekat Seremban hari ini adalah Nora Anne Quoirin.

IKLAN

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan identiti mayat yang dijumpai selepas proses pengecaman dibuat oleh keluarga mangsa di Hospital Seremban.

Bagaimanapun, keputusan bedah siasat Nora Anne sehingga kini masih belum dimaklumkan.

Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI