Menerusi Instagram, usahawan sensasi, Safiey Illias ada berkongsi mengenai aktivitinya hari ini yang membantu bapa menjual durian di sebuah lokasi.
Sambil memegang durian yang dijual dengan penampilan rambutnya yang sudah dipotong pendek, imej terkini usahawan yang baru sahaja muncul menerusi single terbaru, Apa Salah Syinta ini mendapat reaksi netizen.
Rata-ratanya memberikan maklum balas positif terhadap penampilannya itu.
Terdahulu menerusi entri sebelumnya, Safiey yang sinonim disapa Syinta ini turut berkongsi rakaman dirinya yang mengambil keputusan untuk memotong rambut pendek di sebuah kedai gunting Mamak.
Rakaman tersebut boleh ditonton menerusi IG TV Safiey.
Foto: Instagram Safiey Illias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelawak Hamdan Senario Meninggal Dunia Pada Usia 54 Tahun
Menerima khabar duka apabila pelawak, Hamdan Senario telah pergi dijemput Illahi, kira-kira jam 12.50 tengah tadi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Sebelum ini, Allahyarham Hamdan ditidurkan berikutan jangkitan kuman dalam darah.
Berita sedih pemergian pelawak berusia 54 tahun itu turut disahkan oleh ahli kumpulan Senario iaitu Azlee, petik mStar.
Terdahulu, anak bongsu arwah iaitu Nur Natasya Umairah, 20, berkata bapanya dibawa ke hospital kerana mengalami cirit-birit.
Hamdan berada di Johor Bahru, Johor bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion sempena ambang tahun baharu 2024.
Bagaimanapun, acara berkenaan diteruskan tanpa Hamdan susulan masalah kesihatan yang menimpanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ambil Masa…,” – Respon Sarah Bila Syafiq Kyle Dikata Tak Sesuai & Macam Anak Tiri Dalam MV Semakin
Muzik video single terkini Siti Sarah, Semakin yang dilancarkan semalam telah pun menjadi antara muzik video paling trending di YouTube.
Malah ‘pencarian’ produksi Semakin terhadap siapakah lelaki yang paling layak untuk muncul di dalam muzik video berkenaan akhirnya selesai apabila nama hero drama Nur, Syafiq Kyle diumumkan.
Bagaimanapun, muzik video yang kini telah pun ditonton hampir 400,000 kali itu mendapat reaksi pelbagai di kalangan pencinta muzik.
Ada yang suka dan teruja untuk menonton lakonan pertama Sarah dan Syafiq menerusi muzik video berkenaan dan tidak kurang yang tak suka dengan gandingan tersebut yang dirasakan tidak serasi, ibarat ibu dan anak tiri!
Mendapatkan reaksi si penyanyinya, Sarah ketika dihubungi MH tidak melatah. Sebaliknya penyanyi yang juga merupakan isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib ini mengakui setiap sesuatu kelainan yang dilakukan pasti akan mengambil masa.
“Syukur kerana pelancaran Semakin dipermudahkan dan semestinya saya gembira apabila impian untuk melihat muzik video ini mendapat sambutan menjadi kenyataan. Saya percaya untuk persembahkan sesuatu yang memberi impak, ia akan ambil masa untuk peminat terima.
“Biasalah dalam ramai yang suka ada juga yang tidak suka. Saya okay memandangkan masing-masing berhak untuk membuat penilaian sendiri. Apa pun saya gembira kerana Semakin sudah menjadi antara lima muzik video teratas yang kini trending, alhamdulillah syukur,” kongsinya.
Pada masa sama, Sarah turut berterima kasih kepada Syafiq memandangkan dia seorang pelakon yang komited meski penggambaran dilakukan pada waktu terhad.
“Meski jadual kami padat, namun dia tetap sudi luangkan masa seterusnya memberikan yang terbaik. Malah dia banyak juga bantu saya untuk ambil mood dalam lakonan. Ini liga dia jadi saya terima dan terima atas tunjuk ajar,” jelas Sarah.
Foto: Instsgram Sarah Raisuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nana Mahazan Dulu Alami Masalah Kulit Teruk, Tiap Hari Menangis Tengok Cermin! – “Suami Jadi Saksi Melihat Saya Dalam Keadaan Paling Dahysat Itu.”
Percaya dengan rezeki, pengacara dan ahli perniagaan, Nana Mahazan,39, mengakui dirinya sentiasa reda atas segala ketentuan Allah SWT.
Meski tidak terarah di dalam menyanyi atau berlakon sejurus menyertai Akademi Fantasia musim pertama yang memperkenalkan namanya, isteri kepada Mohammad Raqeem Brian ini tetap rancak meneruskan survivalnya dengan cara tersendiri.
Siapa sangka menerusi peluang menjadi penyampai radio, pemilik nama penuh Nurul Hana Che Mahazan ini seterusnya melangkah sukses di dunia pengacaraan selepas itu.
Laku kini bersama pengaruh yang dimilikinya di Instagram dengan 794,000 pengikut, hakikatnya ibu kepada dua cahaya mata ini masih kekal relevan dan kebal mengukuhkan jenamanya termasuk melebarkan empayar perniagaan kecantikan dan makanan.
“Saya percaya sekalipun pintu dunia seni yang membuka jalan dan pintu rezeki, jaminan itu belum tentu selamanya. Jadi saya percaya apa yang tertulis membuka 1001 rahsia dan hikmah. Namun sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang.
“Suara yang saya ada dan jaja selama ini biarpun tidak kepada fokus utama menjadi penyanyi atau pelakon, tapi digunakan untuk mengacara dan berceloteh. Tetap ada kaitan, dekat dengan diri atau timbal balik. Tertutup pintu rezeki itu, pasti ada punca lain yang akan dibuka-Nya.
“Malah menjadi artis dan wanita sendiri juga mengajar saya betapa pentingnya menjaga penampilan dan keyakinan. Suka melawa dan bersolek itu perkara biasa.
“Itu juga antara sebab mengapa saya memilih dunia perniagaan kecantikan menerusi Nana Mahazan Beauty sejak 2018,” katanya.
Nana menambah, perniagaan yang diceburi atas dasar minat itu seterusnya mendorong dirinya untuk sama-sama membantu orang lain.
“Selepas memahami dunia niaga ini, ia sebenarnya menjadi perantara atau kenderaan untuk membantu ramai orang. Seterusnya, insya-Allah untuk mendapat reda dan keberkatan-Nya.
“Kini seiring penambahan usia dan penambahan ilmu niaga, hala tuju saya sebagai usahawan juga berubah dimensi. Dengan produk dikeluarkan, kita bermula dengan mahu menolong orang lain menjaga kecantikan dengan harga ‘best’ dan berpatutan.
“Seterusnya saya mula fikir bagaimana pula nak ajak pengguna produk menjadi sebahagian daripada syarikat dan menjana pendapatan sampingan sebagai ejen serta stokis. Tambah pula di era pandemik COVID-19, ramai antara kita yang bergelut,” katanya.
Terlebih dulu menjual alat solekan sebelum menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit, Nana yang kini sopan berhijab pada masa sama mahu memperkasa golongan wanita khususnya.
“Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham fasal pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk.
“Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit ‘breakout’ atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda.
“Suami sendiri menjadi saksi paling dekat melihat saya dalam keadaan paling dahysat itu. Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari. Suami juga yang selalu suntik semangat tanpa gagal untuk saya cuba tips atau produk itu ini.
“Dialah penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dia juga tulang belakang di sebalik kejayaan saya. Kalau ada pepatah di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. Tapi kes saya, jadi sebaliknya,” katanya lagi.
Kata Nana lagi, setahun lebih juga dia bangkit daripada fasa ‘breakout’ itu dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit.
Malah selepas ramai melihat perubahan wajahnya, Nana terlintas memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri sejak dua tahun lalu.
“Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka. Masalahnya produk itu harganya sangat mahal.
“Situasi itu (harga produk mahal) menjadi titik tolak untuk saya cuba hasilkan produk seumpama dengan harga berpatutan. Saya memilih buah kiwi yang dianggap sebagai ‘superfood’ dengan banyak khasiat dan nutrisi. Ia mempunyai sumber vitamin C lebih bagus berbanding oren.
“Ia juga bagus untuk merawat kulit muka. Tambahan pula ia menjadi buah kegemaran saya dan keluarga. Rangkaian produk ini mempunyai sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lulus Kementerian Kesihatan (KKM) dan harga ‘rakyat’,” katanya.
Hos kelahiran Johor ini juga bagaimanapun sedar, perjuangan sebagai usahawan takkan pernah terhenti.
“Setiap hari akan jadi ruang belajar dan terus memperbaiki diri. Saya mahu terus menginspirasi dan membantu golongan wanita khususnya seramai mungkin. Ia sama ada membina keyakinan diri dengan menggunakan produk atau menjana pendapatan. Boleh ketahuinya lanjut dari media sosial saya.
“Saya mahu mewujudkan lebih ramai pemimpin dan wanita berdikari. Begitu juga keinginan mengubah mereka yang sentiasa rasa rendah diri. Saya nak tanam dalam diri mereka ini semangat atau jati diri yang kuat.
“Kalau mereka tak pandai menjaga diri sendiri, bagaimana nak menyelia atau memimpin orang lain. Kesedaran perlu ada dalam diri. Insya-Allah lagi dua tahun dan jangka masa panjang, saya mahu Nana Mahazan Beauty tembus pasaran Asia Tenggara,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI