
Menerima khabar duka apabila pelawak, Hamdan Senario telah pergi dijemput Illahi, kira-kira jam 12.50 tengah tadi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Sebelum ini, Allahyarham Hamdan ditidurkan berikutan jangkitan kuman dalam darah.
Berita sedih pemergian pelawak berusia 54 tahun itu turut disahkan oleh ahli kumpulan Senario iaitu Azlee, petik mStar.
Terdahulu, anak bongsu arwah iaitu Nur Natasya Umairah, 20, berkata bapanya dibawa ke hospital kerana mengalami cirit-birit.
Hamdan berada di Johor Bahru, Johor bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion sempena ambang tahun baharu 2024.
Bagaimanapun, acara berkenaan diteruskan tanpa Hamdan susulan masalah kesihatan yang menimpanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Memang Nak Kahwin Dan Pernah…,” – Zarina Zainuddin Sanggup ‘Gajikan’ Menantu Kalau Kahwini Azal

Pelakon Zarina Zainudddin tidak menolak untuk membayar gaji kepada mana-mana wanita yang sanggup berkahwin dengan menjaga, mengurus dan membahagiakan anak kembar isitmewanya, Muhammad Raizal Azrai, 25, atau Azal Azra.
Zarina, 51, berkata, dia berhasrat untuk berbuat demikian selepas adik kembar kepada Muhammad Razil Azrai atau Azil yang juga autisme itu pernah menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.
“Kalau ada orang boleh jaga dan bahagian dia, saya sanggup bagi duit dan gajikan setiap bulan. Sekarang susah nak dapat orang yang ikhlas. Manalah tahu orang tu tak nak ‘free’ saja. Ditambah dengan keadaan anak saya yang macam ini, adakah yang sanggup?
“Dia memang nak kahwin dan pernah cakap perkara itu. Sebelum ini ada seorang gadis Indonesia dan cantik orangnya. Tapi sebab budak itu pakai tudung dia tak nak. Dia kata perempuan kalau sudah tua baru kena pakai tudung.
“Tapi saya jelaskan pada dia kenapa kena pakai tudung. Dia cakap nanti sudah tua barulah pakai. Dia bandingkan pula dengan saya.
“Saya terdiam dan tak boleh nak cakap apa. Kadang perjalanan itu sendiri yang akan mengubah kita,” katanya.
Menurutnya lagi, Azal tergolong dalam mild autisme berbanding abangnya yang memerlukan pengambilan ubat.
“Azal ini kategori mild autisme. Jadi, boleh buat sama saja macam orang lain. Saya sanggup pergi melamar orang itu jika ada yang betul-betul nak dengan dia. Kadang kalau anak kita dengan kita, kita nak orang itu fokus pada anak kita.
“Kita kena berkorban juga untuk orang yang sanggup berkorban untuk anak kita. Bagi saya itu tak salah kalau bagi dia gaji sekali pun. Sebab dia pun nak ada kehidupan dan beli apa dia mahukan.
“Macam Azal sudah ada gaji dan kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) sendiri. Saya nak dia ada persediaan untuk masa depan dia,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Ada Rezeki, Sila Cuba Lagi,” – Sharifah Sakinah Usaha Timang Zuriat Kedua

Pelakon, Sharifah Sakinah memaklumkan bahawa dia kini sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua bersama suaminya, Alif Adha.
Baru-baru ini, Sakinah ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Bintang drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka ini turut sertakan foto keputusan ujian kehamilan.
“Takde rezeki. Sila cuba lagi,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on
Menurut Sakinah, dia tetap meneruskan usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan kata-kata semangat kepada adik kepada Sharifah Shahirah ini agar bersabar dan nantikan peluang dikurniakan rezeki zuriat lagi.
Imbas kembali, Sakinah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015.
Pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya mata bernama Anais Adha, 3 tahun.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kata Orang Begitu Begini… Tak Baik!,” – Che Ta Selar Netizen ‘Face Shaming’ Fathia Latiff

Selebriti terkenal, Rozita Che Wan tidak setuju apabila ada segelintir netizen yang bertindak mengutuk penampilan rakan artis, Fathlia Latiff ketika pelakon itu menghadiri rumah terbuka anjurannya, baru-baru ini.
Bagi Rozita yang mesra disapa Che Ta, komen berbaur face shaming terhadap Fathia tak sepatutnya berlaku kerana perbuatan sedemikian tidak memberikan apa-apa manfaat.
“Tak baiklah… netizen mengata, jangan body shaming. Tapi yang mengata tu, saya teringin nak tengok muka orang dia. Kau cantik macam mana? Lawa macam Fathia muda-muda tak?
“Kadang-kadang yang mengata tu macam tak pernah tengok cermin. Muka kau pun macam siku saja. Kata orang begitu-begini…tak baik,” katanya kepada MH.
@mediahiburanofficial “Kita tak tahu apa yang dia lalui, pendam…” Rozita Che Wan (CheTa) menyelar tindakan segelintir netizen yang melemparkan komen dahsyat berkaitan dengan paras rakan artis, Fathia Latiff. Bagi CheTa, tiada apa yang baik untuk netizen melakukan ‘face shaming’. Medoakan yang baik-baik, CheTa turut bercerita mengenai keberadaan Fathia di majlis rumah terbukanya, baru-baru ini. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Dalam pada itu, Rozita turut meluahkan rasa simpati terhadap Fathia yang sering menjadi mangsa kecaman netizen selain meminta untuk semua memberikan sokongan kepada aktres berkenaan.
“Untuk saya, saya okay berkawan dengan sesiapa sahaja. Misalnya ada di antara mereka yang sedang berdepan masalah ke, kita kena sentiasa tanya khabar dan bersama-sama dengan dia.
“Mengenali Fathia, dia seorang yang sangat manja. Apa pun, kita tidak tahu apa yang dia lalui dan pendam. Saya belum berkesempatan untuk isi masa bersamanya,” katanya lagi.
Sebelum ini, keberadaan Fathia yang menghadiri acara rumah terbuka Che Ta mencuri perhatian apabila dikatakan wajahnya ketika itu kelihatan seperti bengkak.
Malah, ada yang membandingkan wajah Fathia dengan Che Ta ketika mereka mengambil gambar bersama-sama.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI