Pelawak terkenal Indonesia, Andra Taulany dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Rien Wartia Trigina selepas hampir 18 tahun mendirikan rumah tangga.
Memetik laporan Kompas TV, kisah mengenai penceraian itu telah tersebar pada Rabu dan telah mengejutkan ramai pihak.
Perkara tersebut turut disahkan oleh pegawai perhubungan awam, Pengadilan Agama Tigaraksa, Tangerang, Ummi Azma.
Katanya lagi, permohonan penceraian itu telah difailkan sejak April 2024.
“Untuk nama Andre Taulany Bin RNI Haumahu, memang dia benar telah membuat permohonan cerai talak terhadap istrinya Rein Wartia Trigina binti Yulius Anton di Pengadilan Agama Tigaraksa pada 4 April 2024,” katanya seperti yang dipetik.
Bagaimanapun, Ummi tidak menjelaskan alasan Andre memfailkan cerai terhadap isterinya itu.
“Untuk hal lebih lanjut, saya tak boleh nak jelaskan kerana penceraian ini merupakan hal tertutup dan tidak perlu dikongsikan kepada umum.
“Yang pasti memang ada perkara yang telah difailkan oleh Andre,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ummi turut memaklumkan pasangan ini telah menjalani proses mediasi namun, usaha tersebut dikatakan gagal.
“Mereka sudah jalani proses mediasi. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan setakat ini. Ketika ini, saya tidak boleh maklumkan secara lebih terperinci,” kongsinya.
Sekadar informasi, Andre telah berkahwin dengan Rien Wartia pada tanggal 17 Disember 2005 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Terdahulu, Andre merupakan antara pelawak terkenal Indonesia yang telah membintangi program seperti Lapor Pak, Bercanda Tapi Santai dan Opera Van Java.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Kompas TV & Instagram Andre Taulany
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI