Usahawan yang juga ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim mendedahkan mengenai keperibadian sebenar anak sulungnya, Noor Hayati Kamarzaman yang jarang dicerita kepada umum sebelum ini.
Menurut Rozita, Noor Hayati atau lebih mesra disapa Yati merupakan seorang yang sangat menjaga privasi tak tidak terlalu terbuka untuk berkongsi hal peribadi.
Ia jelas sekali sangat berbeza dengan sifat adiknya, Datuk Aliff yang acap kali menjadi tumpuan netizen.
“Senyum je walau penat @yatie_kmrzmn. Dia ni exclusive dan jaga privacynya Pelawak rabak kalau dengan family.
“Alhamdulillah jumpa petang dekat hi tea PWTC. Bertanya kabar walau dia jiran sebelah rumah je,” tulisnya.
Pada masa sama, Rozita turut memaklumkan Yatie pernah mengalami keguguran sebelum dikurnikan cahaya mata Uzma dan Aleya.
“Anak sulung bonda 40 tahun, dia jaga Sendayu Tinggi. Kalau tak cucu saya sulung dah umur 19 tahun.
“Yati gugur sebelum ada Uzma. Alhamdullih rezeki dia ada dua anaknya je. Tak nak anak banyak katanya. Kri adik Yati nombor tiga,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi dua figura hebat ini selain turut mendoakan agar keluarga ini dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan.
“Saya suka dia bonda. Tutur bahasa dan pakaian dia sopan. Dia tak fake.
“Ya Allah Kak Yatie umur 40 tapi skin dia glowing macam belasan tahun.
“Yati bagus. Hidup dia dengan suami, anak-anak dan mak mertua je.
“Famili bonda semua saya ambil contoh. Tahniah bonda berjaya didik anak-anak.
“Dua-dua wanita yang hebat dan kuat. MasyaAllah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sebelum ini, nama Rozita sering kali menjadi perhatian warganet dek kerana kontroversi yang dicetuskan oleh Aliff Syukri.
Malah, dia juga sering menegur perbuatan anaknya itu sekiranya berkelakuan agak keterlaluan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rozita Ibrahim