Tahun 2019 kian hampir melabuhkan tirai dan sudah semestinya banyak cerita hangat mengenai industri hiburan tanah air sepanjang tahun ini diperkatakan ramai.

MH bariskan antara lima terhangat sepanjang tahun 2019 yang mendapat perhatian peminat.

1. Emma Maembong Tidak Lagi Berhijab 

Pelbagai Kisah, Ini Antara 5 Cerita Terhangat Sepanjang Tahun 2019, Panas!

Pada 6 Februari lalu, industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan pengakuan aktres jelita, Emma Maembong yang membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas 5 tahun.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail mengakui tindakan yang dibuat itu bukan satu contoh yang baik dan menjelaskan iman dalam dirinya masih belum kukuh.

2. Kisah Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah

Pelbagai Kisah, Ini Antara 5 Cerita Terhangat Sepanjang Tahun 2019, Panas!

Kisah rumah tangga pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz bersama bekas isteri, Bella Astillah sering mendapat perhatian netizen sepanjang tahun 2019.

IKLAN

Pasangan ini mendirikan rumah tangga 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean, 2 tahun.

Lebih hangat, nama selebriti turut dikatakan terpalit dalam kisah rumah tangga pasangan berkenaan.

Selepas pergolakan yang melanda dalam rumah tangga, pasangan ini telah bercerai pada 16 Mei lalu.

3. Fatin Afeefa Bercinta Dengan Suami Orang?

Pelbagai Kisah, Ini Antara 5 Cerita Terhangat Sepanjang Tahun 2019, Panas!

IKLAN

Nama pelakon Fatin Afeefa sekali lagi menjadi perhatian apabila didakwa menjalinkan hubungan percintaan bersama jejaka yang berstatus suami orang.

Perkara tersebut mula tular di laman media sosial Twitter apabila ada individu yang mendakwa bintang beranak dua itu menjalinkan hubungan dengan lelaki yang sudah berkahwin.

Bagaimanapun, Fatin enggan mengulas lebih lanjut perkara tersebut, bimbang andai ia memberi pelbagai spekulasi lain.

4. Mahligai Cinta Fizo Omar & Mawar Karim Berakhir

Pelbagai Kisah, Ini Antara 5 Cerita Terhangat Sepanjang Tahun 2019, Panas!

IKLAN

Siapa menduga, rumah tangga yang dibina oleh pelakon Fizo Omar bersama isterinya, usahawan Mawar Karim selama 6 tahun telah berakhir pada 10 Julai lalu.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Omar mendirikan rumah tangga bersama Mawar pada 10 November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Wan Maryam.

5. Abby Abadi Lahir Bayi Pra-Matang

Pelbagai Kisah, Ini Antara 5 Cerita Terhangat Sepanjang Tahun 2019, Panas!
Processed with VSCO with b1 preset

Abby Abadi telah melahirkan bayi pra-matang yang diberi nama Muhammad Danial Firman pada 27 September lalu.

Bagaimanapun, bayi tersebut meninggal dunia pada 7 Disember lalu selepas 72 hari bertarung nyawa. Abby ketika itu berada di tanah suci bagi menunaikan umrah.

Apa pun kisah hangat yang berlaku melibatkan selebriti, moga tahun 2020 akan memberikan seribu kejayaan dan kegembiraan kepada semua bintang lokal kita.

Foto: Instagram Selebriti, Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI