Joy Revfa pengasas produk kosmetik dan kecantikan

Siti Arifah Mohd Amin atau lebih sinonim dengan nama Joy Revfa sedih dengan segelinitir nasib kaum wanita yang ditindas lelaki.

Kongsinya, segelintir rakan-rakannya turut mengalami nasib kurang baik selepas berkahwin kerana menjadi ‘mangsa’ si suami yang mempunyai sikap panas baran, kaki pukul dan kaki botol.

Secara tidak langsung, ini menyebabkan rasa tidak puas hati usahawan itu dan menyuarakan pendapatnya sendiri berkenaan isu tersebut.

“STOP VIOLENCE AGAINTS WOMEN !

“Pelik lah lelaki suka pukul perempuan ni.. Dah lah pukul pastu berhutang berpuluh ribu lak tu dari perempuan yg dulu kau syg. Tapi alhamdulillah , joy sendiri tak pernah dapat lelaki spesis mcm ni seumur hidup.

“Semoga Allah swt lindungi Joy dari jantan dayus kaki pukul sebegini. Bila gathering bersama kawan2 perempuan, 80% punca utama kawan2 joy bercerai sbb ramai yg bekas lelaki kaki pukul + kaki betina.

“Ada yg paling sedih, kawan Joy dapat lelaki “complete set” Kaki pukul + minum arak + kaki betina + berhutang..! Wey jantan! Korg nak apa sebenarnya ni eh baghal..?!!! dah la kebas duit pastu kau lanyak lak insan yg lemah mcm ni.

IKLAN

“Bila nasihat kawan suh report polis, dorg kata sayang.. sayang jadah apa mata & badan habis lebam2 . Mak ayah dia pun tak pernah pukul seteruk mcm tu.. Sedih bila lihat sahabat sendiri di tumbuk & dipukul oleh “boyfriend” sendiri,” tulisnya.

Malah, ibu tunggal ini menasihati agar lelaki yang bergelar suami perlu memainkan peranan sebagai ketua keluarga yang baik, penyanyang dan bertanggungjawab.

“Allahu.. Kejamnya lelaki skrg ni. Maka kalau anda dikurniakan lelaki yg amat memuliakan & menghormati mu, jaga lah dia baik2.. kerana lelaki sebegini lah peneman utk mu di dunia & di syurga nanti.

“Ketahuilah wahai lelaki,
Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak. Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.. .

IKLAN

“Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 19 yang bermaksud, “Dan bergaullah dengan mereka secara baik, kemudian jika kamu bencikan mereka, kerana mungkin kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang baik untuk kamu,” tulisnya.

STOP VIOLENCE AGAINTS WOMEN ! . Pelik lah lelaki suka pukul perempuan ni.. Dah lah pukul pastu berhutang berpuluh ribu lak tu dari perempuan yg dulu kau syg. Tapi alhamdulillah , joy sendiri tak pernah dapat lelaki spesis mcm ni seumur hidup.. Semoga Allah swt lindungi joy dari jantan dayus kaki pukul sebegini. Bila gathering bersama kawan2 perempuan, 80% punca utama kawan2 joy bercerai sbb ramai yg bekas lelaki kaki pukul + kaki betina. Ada yg paling sedih, kawan joy dapat lelaki “complete set” Kaki pukul + minum arak + kaki betina + berhutang..! Wey jantan! Korg nak apa sebenarnya ni eh baghal..?!!! dah la kebas duit pastu kau lanyak lak insan yg lemah mcm ni.. Bila nasihat kawan suh report polis, dorg kata sayang.. sayang jadah apa mata & badan habis lebam2 . Mak ayah dia pun tak pernah pukul seteruk mcm tu.. Sedih bila lihat sahabat sendiri di tumbuk & dipukul oleh “boyfriend” sendiri.. Allahu.. Kejamnya lelaki skrg ni. Maka kalau anda dikurniakan lelaki yg amat memuliakan & menghormati mu, jaga lah dia baik2.. kerana lelaki sebegini lah peneman utk mu di dunia & di syurga nanti.. . . Ketahuilah wahai lelaki, Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak. Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.. . . Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 19 yang bermaksud, “Dan bergaullah dengan mereka secara baik, kemudian jika kamu bencikan mereka, kerana mungkin kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang baik untuk kamu.” . . #sayno #stopvoilenceagainstwomen #allahbayarcashdidunia #janjiallahitupasti #tunggukifarahallahakantiba

A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on Sep 9, 2019 at 12:07am PDT


Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan perkongsian tersebut.

“Pelik Dengan Lelaki Suka Pukul Perempuan, Kaki Betina & Suka Berhutang!,”- Joy Revfa 
.

“Pelik Dengan Lelaki Suka Pukul Perempuan, Kaki Betina & Suka Berhutang!,”- Joy Revfa 
.

IKLAN

“Pelik Dengan Lelaki Suka Pukul Perempuan, Kaki Betina & Suka Berhutang!,”- Joy Revfa 
.

“Pelik Dengan Lelaki Suka Pukul Perempuan, Kaki Betina & Suka Berhutang!,”- Joy Revfa 
.

“Pelik Dengan Lelaki Suka Pukul Perempuan, Kaki Betina & Suka Berhutang!,”- Joy Revfa 
.

Untuk rekod, Joy pernah berkahwin dengan komposer,Hafiz Hamidun pada Mei 2017 dan bercerai pada Oktober tahun sama.

Joy juga mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Foto: Intagram Joy Revfa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI