Alahai tak sampai hati pula melihatkan sekeping gambar yang tersebar di laman media sosial ketika ini, iaitu gambar yang menunjukkan seekor lembu korban sedang memeluk tuannya.
Gambar ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Zaidi bin Desa yang menyatakan di ruangan kapsyen bahawa lembu ini merupakan binatang kesayangan ibu mertuanya.
“lembu korban…. mak mentua aku syg gila kat dia sampai peluk2…. mcm mana la aku nak semelih…. tapi nk korban mesti benda yg kita syg…. mcm kisah nabi ibrahim dengan anaknya nabi ismail… qabil dan habil bersama persembahan korban mereka,” tulis Zaidi.
Kita yang melihat pun dapat merasakan betapa sayangnya lembu tersebut kepada tuannya. Namun begitu hanya tuannya sahaja yang mengetahui apa yang dirasai oleh hatinya ketika itu.
Ads
Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dengan perasaan yang turut sedih setelah melihat gambar tersebut.
Muhammad Amzar: Depa kata klu nak sembelih hat sayang ni cukup mudah…tringat lembu arwah tokwan dulu ..mcm tau dia nak di jadikan korban.. mudah sunggub sembelih.. dia mai dok kat perdu pokok n duduk siap…
Shahrulnizam Che Hasan: Mmg hebat kasih sayang antara mereka
Ads
Natasha Samad: Allahuakbar kesiannya bela lah sampai tua lembu tu. Carilah lembu lain sebagai ganti. ????
Pemilik akaun Facebook ini juga ada berkongsi video bagaimana lembu tersebut memeluk ibu mertuanya.
Daripada kisah yang kita saksikan ini, mungkin ianya boleh meluaskan pemikiran kita bahawa kasih sayang itu bukan hanyalah semata-mata kepada sesama manusia namun kasih sayang ini perlu wujud pada semua benda.
Sumber: Facebook Mohd Zaidi bin Desa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan sensasi jenama Beautyspells, Norsidayati Mustari yang sebelum ini pernah mencetuskan viral selepas memuat naik video ‘renjis’ air pada kereta baru yang dibelinya pada majlis doa selamat memilih untuk tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.
Menurut usahawanita asal Sabah yang mesra disapa Bell ini, dia sedar pelbagai reaksi telah dilemparkan dan dia memohon maaf.
“Takkan belum habis lagi cerita ‘renjis’ air di kereta itu. Sana sini komen sampai di pelbagai kumpulan sembang di Facebook. Hingga ada yang cakap ia amalan syikin… bidaah.
“Saya memahami apa yang dipaparkan dalam video itu mengundang kecaman dan jatuh salah untuk segelintir orang. Saya bagaimanapun memohon maaf kerana tak berniat apa-apa. Saya akui jahil ilmu agama.
“Tujuan buat begitupun kerana air yang disiram hasil bacaan, doa dan selawat dari seorang ustaz. Ia bersempena dapat kereta baharu. Ini kereta kereta lama saya berdepan kemalangan sebelum ini. Saya menyiram air sebenarnya bukan merenjis,” katanya.
Tambah Sis Bell lagi, dia tidak mengambil hati mana-mana komen yang mengguris hati atau disifatkan kasar.
“Lagipun kita sudah nak puasa dan sambut raya. Salam perkenalan daripada saya. Mana tahu, terjumpa mana-mana kita boleh jadi kawan atau ejen. Boleh juga saya berikan hadiah,” katanya lagi.
Terdahulu, video ‘merenjis’ air pada kereta mewah yang dikongsikan di TikTok dan Instagram yang sudah ditonton ratusan ribu kali itu ditempelak seolah-olah ia amalan bidaah oleh segelintir netizen.
Dalam pada itu, Bell, 33, tidak mahu memandang ke belakang sebaliknya optimis untuk menggegarkan Borneo khsusnya dan membangkitkan semangat berniaga menerusi rangkaian jenamanya lebih penting berbanding hal lain.
Malah, Sis Bell juga mahu menepis wujudnya situasi pengasas atau pemilik produk ‘memijak’ ejen demi kaya seorang diri.
“Tiada istilah saya ‘pijak’ ejen untuk hidup kaya. Atau wujud senario ejen yang selama ini memberi kekayaan kepada saya. Tapi saya mahu buktikan, jika boleh kaya beramai-ramai atau ‘berjemaah’ kenapa perlu kaya sendirian.
“Malah, saya sama sekali mahu membangkitkan semangat semua orang Borneo untuk berusaha ke arah kehidupan yang selesa. Saya mahu memimpin tangan untuk berjaya dan kaya sama-sama,” katanya.
Dia pada masa sama bersyukur atas apa yang dilakukan memberikan peluang rezeki dan manfaat kepada orang lain.
“Ada ‘reseller’ yang dulu tinggal atas jambatan, tapi sekarang sudah mampu memiliki tanah dan membangunkan rumah. Ada ejen yang tak tahu membaca dan menulis selain tak pandai guna media sosial, kini hidup berjaya dengan bantuan kami.
“Jadi saya tekankan, memang tak ada istilah saya kaya seorang diri. Selagi boleh bantu, saya tidak akan lokek berkongsi rezeki dan nikmat. Bahkan staf dan ejen umpama keluarga baharu saya. Impian dan kejayaan mereka, nikmat terindah buat saya.
“Tahun lalu ada ejen saya berjaya capai RM2.8 juta jualan setahun. Malah tahun lalu ada lima ejen saya dapat jualan RM1 juta setahun. Empat daripada mereka perempuan dan seorang lelaki. Tahun ini saya sasar mahu 15 ejen pula dapat sasaran sejuta setahun ,” katanya.
Kata Sis Bell, melihat kejayaan ejen selama ini umpama mengimbas kembali usahanya sekitar 9 tahun lalu membangunkan Beautyspells menerusi rangkaian produk losyen pemutih kulit.
“Saya bermula dari zero. Dulu ‘pejabat kecil’ hanya bertemankan meja makan dan tanpa staf. Saya juga berusaha tanpa disaksikan ibu bapa kerana yatim piatu. Saya bangkit tanpa bimbingan sesiapa.
“Sebab itu usaha membantu ejen saya kira seperti melihat diri sendiri sewaktu dulu. Bantuan dan bimbingan saya hulurkan mungkin tidak sebesar mana. Tapi bagi ejen, sangat besar dan bernilai.
“Ada yang selama ini nak beli beras tak mampu, banyak berhutang, gaji suami tak cukup. Anak minta beli ayam goreng (KFC) pun tak mampu. Tapi kini, semua senario dan hidup dalam ‘kegelapan’ itu mampu diatasi. Bersama empayar niaga saya, ia seperti memberi sinar harapan buat ramai orang,” katanya.
Dalam masa sama, jenama ini buat kali kedua akan menganjurkan Beautyspells Success Night di tiga lokasi dan tarikh berbeza yang menelan kos RM1.2 juta.
“Saya buat di tiga lokasi berbeza ini bagi memudahkan ejen yang datang dari latar belakang berbeza. Ada yang kali pertama nak masuk hotel dan beli tiket penerbangan.
“400 penerima (ejen) akan diraikan dan menerima ganjaran emas berjumlah keseluruhan RM380,000 serta wang tunai RM510,000 yang dihias dalam bentuk jambangan bunga. Ia jambangan bunga wang betul dan bukan palsu seperti digembar-gemburkan sebelum ini,” katanya.
Tahun ini, jenama berkenaan turut optimis mensasarkan untuk menjual 500,000 unit losyen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio berpengalaman, Dj Lin berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya kini telah pun dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar setesen radio Suria FM.
Menurut Dj Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, dia menyifatkan pencapaian ini sebagai rezeki yang telah dikurnia oleh Allah S.W.T terhadap dirinya.
“Alhamdulillah #djlin dapat hadiah #flowerbouquet lagi. Kali ni dari @edaidris . Thank you sayang moga murah rezeki
“Katanya sempena kenaikan pangkat #djlin sebagai #PengurusBesar #Suriafm . Syukur atas rezeki kurniaan Allah,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh penyampai segmen Suria Cinta itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Dj Lin turut berharap agar para peminat dapat mendoakannya untuk terus mengecap kejayaan pada masa akan datang.
“Antara berita paling gembira buat Lin di awal tahun #2021 ni. Doakan Lin terus sukses dan gemilang terus dalam #kerjaya #kehidupan dan #cinta Ameen #djlindapathadiah #djlinnaikpangkat #generalmanager #GM @suriamalaysia #djlinbersyukur,” katanya lagi.
Berikutan pencapaian tersebut, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan ada juga yang menitipkan hadiah sebagai tanda penghargaan.
Sekadar info, sebelum dilantik sebagai pengurus besar, Dj Lin telah menyandang jawatan sebagai Head of Station di stesen radio berkenaan sejak tiga tahun yang lalu.
Sumber: Instagram Dj Lin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri Lan Solo, Sheila Hassim meluahkan kesedihan apabila pertama kali menyambut Ramadan dan Syawal tanpa ibu saudara tercinta.
Mengimbau kembali detik lalu, andai arwah ibu saudaranya yang dipanggil Mama masih ada, Syawal merupakan bulan paling sibuk buat arwah.
Katanya Allahyarham akan sibuk menukar langsir, menyusun atur perabot rumah dan sibuk mencari kuali untuk memasak rendang.
“Dah dekat nak raya nie.. makin sayu pulak. Pertama kali puasa & raya tanpa Mama.
“Klo x, skrg ni tgh sibuk bergaduh dgn mama nk pasang lgsir bila.. nk alih sofa la.. nak cari kuali besar la.. nak daging yg x byk lemak la utk buat rendang yg penting dah mula kumpul2 kelapa utk masak malam raya. Adui, syahdunya.
“Kdg2 gaduh tu manis utk dikenang. Momen bahagia selalu lupa2. Bila dah takde.. semua kenangan muncul berselang seli.
“Apa pengalaman pertama kali raya korang yg br rasa kehilangan? Apa korg buat eh,” kongsinya sayu.
Mama merupakan panggilan Sheila kepada ibu saudaranya yang meninggal dunia November tahun lalu akibat diserang angin ahmar.
Menurut Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, Allahyarhamah Rosiyah Mad Ali menetap serta dijaga oleh dia dan isteri sejak 10 tahun lalu dan pemergiannya satu kehilangan besar buatnya sekeluarga.
Foto : Instagram Sheila Razlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pensyarah, Dr. Diddy Hirdi kurang bersetuju bila ada pihak yang melabelkan program pertandingan nyanyian yang diadakan khusus untuk artis-artis berpengalaman sebagai sesuatu yang memalukan.