Lagu Pelukan Angkasa yang dipersembahkan oleh Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah diumumkan sebagai pemenang utama di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Dewan Merdeka, WTCKL, Kuala Lumpur, malam tadi.

Kemenangan lagu ciptaan Raja Nazrin Shah, manakala lirik dihasilkan Fazleena Hishammuddin itu melayakkan mereka membawa pulang trofi bersalut emas dan wang tunai RM100,000.

Naib juara AJL36 disandang lagu Cinta ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik nyanyian Marsha Milan sekaligus membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.

Ads

Lagu Mimpi ciptaan Datuk A Aida dan Haqiem Rusli diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan kemenangan itu melayakkan mereka memenangi trofi dan wang tunai RM30,000.

Kelunakan suara Aina Abdul menerusi lagu Sepi membawa tuah kepadanya apabila diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dan membawa pulang trofi serta wang tunai RM12,000.

Ads

Menerima wang tunai berjumlah RM12,000, pemenang Persembahan Terbaik pula diraih Marsha Milan dan dia turut menerima wang tunai RM6,000 daripada penaja utama, NOIR Beauty Essence.

Penyanyi Pilihan Popular AJL36 dimenangi Aina Abdul & Khai Bahar, menerima wang tunai RM5,000 beserta trofi.

Ads

Persembahan 12 finalis edisi kali ini diadili 10 juri profesional yang diketuai oleh Datuk Mokhzani iaitu komposer LY, Datuk Syafinaz Selamat, Dato’ Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Datuk Habsah Hassan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI