
Pelukis karikatur terkenal, Artortoise telah disahkan meninggal dunia, hari ini.
Difahamkan, Artortoise atau nama sebenarnya, Mohammad Ikhsan Kamarudin meninggal dunia akibat menghidap penyakit kanser dan Hepatitis B.
Dalam pada itu, pelakon dan pelawak Achey ada meluahkan rasa sedih atas berita pemergian pelukis tersebut.
“MAHAKARYA CINTA.. Innalillahiwainnailaihirojiun … @artortoise @ikhsanise #kitabaikramaisayang,” tulisnya.
Hasil seni Artortoise yang gemar berkongsi lukisan karikatur menghiburkan menerusi platform laman media sosial sering mendapat perhatian netizen.
Gambar
Gambar
Ikhsan yang menjalani rawatan di Institut Kanser Negara selepas disahkan menghidap penyakit kanser pada 21 Oktober lalu.
Kemudian, pada 22 Oktober lalu arwah dipindahkan ke Hospital Selayang, Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap penyakit Hepatitis B.
Foto: Instagram Artortoise, Achey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tidak Akan Lupa Penat Lelah Keluarga…”- Sufie Rashid Throwback Kenangan Saat Bergelar Juara AF2015

Penyanyi Sufie Rashid atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, penyanyi kelahiran Singapura itu telah mengimbau kembali kenangan saat menjadi juara untuk program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2015.
“Assalamualaikum semua! Hari ini tepat 4 tahun lepas saya menang Akademi Fantasia 2015. 10 Minggu dalam “bootcamp” yang penuh dengan cabaran dan pelajaran.
Saya tidak akan lupa penat lelah keluarga mara, cikgu cikgu, sahabat dan peminat2 yang setia menyokong saya hingga sekarang.
“I am where am i because of all of you “ Sejarah kehidupan saya ini atas dasar kesungguhan korang semua yang percaya denganbakat saya.
“Insyaallah, i will not stop. Walaupun sepanjang career saya penuh dengan dugaan dan halangan, saya akan tetap terus memperjuangkan seni muzik tanah air kita dengan sepenuh hati saya.And with that, ALHAMDULILLAH. #AF2015,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by @ sufierashid on
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar Sufie terus sukses dan berjaya dalam karier nyanyiannya.
Foto: Instagram Sufie Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Cakap Siti Nurhaliza Tak Pernah Berlakon,”- Sudah 16 Tahun, Peminat Imbau Lakonan Tok Ti Dalam Drama Syawal Datang Lagi

Bagi yang anda pernah menonton drama Syawal Datang Lagi, sudah pasti ada melihat figura terkenal, Datuk Siti Nurhaliza menjadi seorang pelakon dalam drama tersebut.
Difahamkan, drama berkenaan telah disiarkan di saluran TV2 sekitar tahun 2004.
Terbaru, terdapat seorang peminat telah berkongsi potongan rakaman video drama berkenaan di akaun Twitter miliknya.
“Dah nak raya ni, throwback kejap drama Syawal Datang Lagi.
“Jangan cakap siti nurhaliza tak pernah berlakon ok,” tulisnya.
Dah nak raya ni, throwback kejap drama Syawal Datang Lagi. Jangan cakap siti nurhaliza tak pernah berlakon ok 😂 pic.twitter.com/WRlHNkmUnH
— Saufi Mazlan (@sopimazlan) May 14, 2020
Lantas, lakonan penyanyi Anta Permana ini mendapat perhatian daripada netizen.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen memuji penyanyi berusia 41 tahun itu memiliki bakat dalam lakonan.
Imbas kembali, drama raya tersebut turut dibintangi Siti Nursaerah serta rakan selebriti seperti Ziana Zain dan Anuar Zain.
Siti juga sebelum ini juga pernah terlibat di dalam beberapa projek lakonan dan teater lain sebelum ini.
Video: Twitter Saufi Mazlan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sejak Berkeluarga, Kereta Sedan Bukan Lagi Pilihan Utama…,” – Dr Say Syukur Nikmat, Sukses Miliki SUV Jaguar Merah Menyala!

Doktor selebriti, Say Shazril atau Dr Say meluahkan rasa syukur selepas impian untuk memiliki kereta idaman akhirnya menjadi kenyataan. Rasa gembira itu dimaklumkan hos program Tanya Doktor itu menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instagram.
Menurut Dr Say, dia sejak kecil terpegun dengan persona kerta jenis Jaguar dan sejak mempunyai keluarga, dia kini memilih untuk memiliki kenderaan yang mempunyai ruang selesa buat keluarga.
“Masa kecik dulu saya ternampak satu kereta dengan seekor harimau melompat kat depan kereta tu maka saya tanya ayah saya; “yah, kereta ape ade rimau lompat depan tu yah? Bukan Proton logo dia kepala harimau je ke yah?”. Ayah saya reply “itu Jaguar boy”.
“Terduduk saya dibuatnya walaupun saya tengah duduk dalam kereta masa tu dan ye, kecik-kecik pun saya dah pandai terduduk. Sejak tu saya berkenan sungguh dengan Jaguar for one main reason yakni YOU DONT SEE IT OFTEN ON THE ROAD. Ibarat ia melambangkan kelainan & exclusivity.
“Sejak berkeluarga, kereta sedan bukan lagi pilihan utama saya. Dengan stroller anak-anak, car seat anak-anak, SUV is the car im looking for. Mujur Jaguar bawak keluar its first SUV back in 2016 & redesign it in 2021. Kalau korang tengok & fikir “simple je rupa SUV ni”. Well simple is what i love about it. Clean, minimal yet luxurious,” tulisnya.
Dr Say pada masa sama turut mendedahkan maksud tersendiri di sebalik plat nombor kereta ringkas yang dipilih.
“Dihiasi dengan plate number atas suggestion korang yakni 55 yang bermaksud Say Shazril makes it just perfect. UG pulak saje nak kelainan sebab jarang nampak plate number start dengan “U” kan? Kalau nak ada maksud jugak UG means U Go maka jadinya “U Go Say Shazril” ahaha,” kongsinya lagi.
Bapa kepada dua cahaya mata ini turut memberikan dedikasi kepada keluarga yang selama ini banyak menyokong perjalanan kerjayanya dari dahulu sehingga kini.
“Dalam kesempatan ni saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada family saya kerana tanpa mereka, mungkin saya masih dengan Perodua Viva hingga ke harini.
“Percayalah rezeki berkeluarga tu teramat luas & indah jadi kepada yang belum berkeluarga cepat-cepatlah ikat laki korang seperti mana isteri saya ikat saya dulu ahaha.
“Tak dilupakan juga thank you to you all sebab i wont be where i am today if not because of u.
“Apa jadi kereta lama? Sy bagi kat akak sy yg bakal menimang anak ketiganya Oktober nanti. Sekarang dia pakai Ford Fiesta moga Hyundai Tucson sy boleh memberi sedikit keselesaan kepada dia sekeluarga,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI