Pemain badminton nombor satu dunia Jepun, Kento Momota, dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas terbabit kemalangan di Kilometer 13.7 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), awal pagi tadi.
Memetik Berita Harian, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, seperti yang dilapor mengesahkan tiga lagi mangsa yang bersama Momota dalam kejadian itu turut dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Katanya seperti yang dipetik, tiga mangsa yang terlibat ialah Pegawai Teknikal Persekutuan Badminton Dunia (BWF), William Thomas, 30, dari England; pembantu jurulatih Jepun, Hirayama Yu, 35; dan Pegawai Fisioterapi Jepun, Morimoto Akifumi, 42.
Ads
“Kita menafikan Momota berada dalam keadaan kritikal seperti dilaporkan sesetengah pihak. Sebaliknya, semua mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya kepada media selepas melawat mangsa di Hospital Putrajaya.
Difahamkan, kemalangan jam 4.45 pagi itu berlaku apabila van dinaiki mangsa berlanggar dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ads
Sementara itu, pemandu van berkenaan, B Nageswarau, 24, yang tersepit di tempat duduknya, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ads
Syed Saddiq turut menegaskan, pihaknya mengambil berat kes itu kerana ia sangat tragik memandangkan ia membabitkan bintang badminton dunia dan kini giat memantau keadaan mereka dari semasa ke semasa.
Sumber/Foto: Berita Harian/Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Untuk lagu ini, saya tak rancang apa pun, takdir Allah SWT membawa saya ke sini. Itulah ayat yang gambarkan perasaan saya.”
Demikian kata penyanyi, Datin Alyah yang bersyukur selepas lagu Thank You Allah yang turut menampilkan Cat Farish dan PU Riz memenangi kategori Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM) malam tadi.
Alyah, 41, berkata, Thank You Allah pada awalnya dihasilkan secara spontan ketika dia mengerjakan umrah pada tahun 2019.
“Melodi pada bahagian chorus lagu tersebut saya dapat ilham ketika saya mengerjakan umrah tiga tahun lalu. Jadi bila saya pulang, kita semua kena ‘kurung’ (perintah kawalan pergerakan susulan pandemik Covid-19).
“Ketika itu kita semua tahu ramai yang terkesan misalnya ada yang kehilangan pekerjaan, stress, kes bunuh diri dan sebagainya. Namun ketika itu saya dapat tawaran daripada satu jenama kecantikan yang agak baik untuk menjadi duta.
“Pada saat ramai yang berada dalam tekanan, saya terima rezeki dariNya. Jadi daripada situlah tercetusnya ilham menghasilkan Thank You Allah. Saya duduk… berfikir sambil ucap terima kasih kepadaNya atas rezeki yang dilimpahkan.
“Tiba-tiba teringat melodi yang saya masih lagi simpan dalam telefon ketika itu, kemudian menghubungi komposer untuk menghasilkan sebuah lagu, alhamdulillah,” katanya.
Ditanya mengenai kedudukannya yang bersaing dengan penyanyi nasyid sedia ada, isteri pemuzik Datuk Ramli Ms ini menyifatkan kemenangan sesuatu yang tak terjangka.
“Saya berbesar hati sebenarnya apabila berada di dalam kategori tersebut di samping rakan penyanyi lain yang sudah sedia dikenali menerusi genre nasyid.
“Bila diumumkan menang, saya tidak terfikir apa-apa pun. Memang tidak sangka, tiap lagu yang bertanding pun hebat belaka. Apa pun, saya anggap ini rezeki untuk semua pihak yang terlibat di sebalik lagu ini,” katanya.
Terdahulu, Alyah menerima trofi AIM pertamanya pada tahun 2014 di dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Sesal Separuh Nyawa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Cantik manis orangnya. Bermula sebagai model muslimah seawal usia 14 tahun, kini Nur Alya Iman Azmil Mustapha atau mesra disapa Alya Iman kian mendapat tempat dalam industri seni tanah air. Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni sejak tahun 2018, Alya telah membintangi pelbagai telemovie, drama dan sitkom.
Meniti usia 23 tahun, gadis genit ini merupakan anak kepada pelakon popular era 80an iaitu Allahyarham Azmil Mustapha. Sememangnya anak bongsu daripada lima beradik ini mewarisi bakat lakonan bapa tersayang.
Mana tidaknya, bukan hanya mendapat tawaran lakonan yang tidak putus-putus bahkan Alya juga pernah dicalonkan sebagai Top 10 Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 2020.
Makin sibuk sebagai anak seni, apa perancangan Alya untuk 5 tahun akan datang
“Ketika ini Alya hanya berpeluang menceburi bidang peragaan dan lakonan. InshaAllah dengan izin Allah, sekiranya ada rezeki untuk ke luar negara Alya berhasrat untuk sambung belajar.
“Dalam lima tahun akan datang juga Alya ingin fokus dengan bisnes.
Bagaimana Alya menjaga kecantikan diri?
“Amalan kecantikan Alya tidaklah terlalu rumit dan tidak ada istilah penjagaan muka yang ‘heavy’. Jujurnya penjagaan dan rutin kecantikan Alya biasa saja.
“Alya amalkan banyak minum air masak dan pastikan cuci muka selepas memakai mekap supaya kulit wajah dapat bernafas serta bersih daripada sebarang kotoran.
Dalam sebulan, berapa kali buat rawatan di pusat kecantikan?
“Alya sangat jarang pergi buat rawatan facial atau spa sebab kekangan masa. Kalau pergi pun, Alya akan ambil pakej rawatan untuk menyegarkan wajah sahaja.
Tip kecergasan dan kesihatan tubuh badan
“Sebenarnya Alya seorang yang sangat sensitif dan mudah sangat sakit. Jadi, untuk elak daripada sakit yang berterusan Alya mengamalkan pengambilan vitamin, senaman dan makan makanan yang berkhasiat. Itu yang Alya buat untuk jaga kecergasan dan kesihatan tubuh badan.
Siapa sumber inspirasi Alya?
“Semestinya arwah Babah. Bukan sahaja inspirasi dalam bidang industri seni tapi personaliti yang dimiliki arwah juga saya sangat kagum.
“Dia (arwah babah) seorang yang sangat merendah diri, not judgmental, menghormati orang lain dan terima baik buruk seseorang dengan seadanya.
Impian Alya yang masih belum tertunai
“Dalam usia 23 tahun, banyak impian yang tidak tertunai lagi dan masih dalam perancangan untuk merealisasikan impian tersebut. Semoga Allah mempermudah segala impian yang Alya rancang.
“Dari segi kerjaya, Alya ingin menceburi filem antarabangsa. Dari sudut personal pula, Alya mahu beri apa sahaja yang Mama saya impikan.
Bergelar ‘public figure’, bagaimana Alya menonjolkan diri agar menjadi inspirasi kepada generasi muda?
“Motivated untuk berjaya! Alya dari usia muda sudah berkerjaya. Saya juga seorang yang belajar berdikari dan tidak mudah putus asa walaupun gagal di tengah jalan.
“Prinsip saya ialah terus bangkit dan berjuang selagi berdaya. Semoga kejayaan dan pengalaman ini mampu menjadi kekuatan semangat buat orang di luar sana.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...