Pemain Bola Sepak, Nazmi Faiz Kini Bergelar Bapa.. Pilih Nama Maria Miqayla Buat Puteri Sulung

Share

Pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk pasukan Johor Darul Takzim, Nazmi Faiz selamat menimang cahaya mata sulung jam pada 26 Jun (semalam) jam 4:10 pagi. 

Nazmi,25, turut mengumumkan nama puteri sulungnya itu, Maria Miqayla menerusi Instagramnya.

“Assalamualaikum Puteri Sulungku Maria Miqayla. Syukur Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar.

“Thank you sayang @nurullyasmin & Terima Kasih yg mendoakan kami ,” tulisnya.

Selain rakan-rakan dalam sukan bola sepak, foto tersebut juga dibanjiri komen dari peminat.

 

Terdahulu, Nazmi berkahwin dengan Nurul Yasmin pada November 2017. 

Kami di MH mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. 

 

 Foto : Instagram Nazmi Faiz, Nurul Yasmin

Published by
Amynur Akmal