
Pemain gitar terkenal, Fauzi Samin atau lebih dikenali sebagai Aji dilaporkan meninggal dunia pagi ini akibat serangan jantung.
Memetik Awani, Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Shah Alam kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.
Menurut pengurus Datuk Ramli Sarip, Juria Banding, lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi Khamis Aji mengadu sakit dada kepada rakannya dan cuba mengambil ubat.
“Selepas itu dia mula muntah-muntah dan selepas itu, rakannya menghubungi Ambulans dan terus di bawa ke Hospital Columbia di Kota Kemuning untuk diberi rawatan.
“Allahyarham sepatutnya membuat persembahan bersama Datuk Ramli Sarip di Melaka malam ini,” katanya.
Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Gombak hari ini.
Susulan itu, berita dukacita itu turut dikongsikan rakan artis seperti Datuk Hattan dan beberapa teman rapat Allahyarham di media sosial.
Ketika hayatnya, Allahyarham sering menjadi pemuzik undangan untuk beberapa artis tanahair antaranya Datuk Shiela Majid, Datuk Zainal Abdin, Datuk Ramli Sarip dan ramai lagi. Al-Fatihah…
Sumber: Astro Awani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Angkat Semangat Sukan Bola Sepak, Anak Rimau The Movie Inspirasi Untuk Belia Kita

Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker memberi sokongan atas usaha penghasilan filem Anak Rimau The Movie yang menjalani penggambaran dalam tempoh mencabar pada era pandemik lebih dua tahun lalu.
Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Films Sdn Bhd bukan sekadar berlatarkan sukan bola sepak, sebaliknya turut mengangkat semangat dan perjuangan generasi baharu dalam mengejar impian sebagai pemain sukan popular dunia itu.
Filem Anak Rimau The Movie yang sepatutnya ditayangkan pada 2020, namun, ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 mendapat sokongan Cyberlynx International College selaku penaja utama, manakala Al-Ikhsan Sports pula sebagai penaja pakaian sukan rasmi.
Ia juga dihasilkan menerusi usaha sama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan AMD dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker memuji pasukan produksi Anak Rimau atas kecekalan menerbitkan filem ini.
“Ini satu cabaran hebat bagi pelakon dan kru Anak Rimau The Movie dapat menghabiskab penggambaran filem, meskipun diuji dengan pandemik.
“Proses penggambaran filem dijayakan dengan dedikasi dan memiliki sifat kepimpinan tinggi. Aspek ini juga ditanam dalam mesej utama filem Anak Rimau The Movie iaitu memberi inspirasi kepada anak muda mencapai cita-cita sebagai pemain bola sepak demi Malaysia,” ujarnya.
Beliau hadir pada Malam Gala Filem Anak Rimau The Movie di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Penerbitnya, Fadzil Manap berkata, filem memainkan peranan penting sebagai menjadi medium komunikasi kepada anak muda untuk melakukan perubahan dalam hidup.
“Saya percaya filem Anak Rimau The Movie mampu memberi impak, pengaruh dan gaya pemikiran masyarakat.
“Tujuan pembikinan filem bukan sahaja memberi semangat kepada anak muda, tetapi bertindak sebagai medium pendidikan, informasi dan hiburan bagi membantu membina asas kukuh untuk transformasi Malaysia,” katanya.
Filem Anak Rimau The Movie mengetengahkan bakat baharu, Idan Aedan dan dua pemain bola sepak kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil @ Kechikimi dan Hanz Daniel Skelchy.
Naskhah menelan belanja RM5.5 juta itu turut menampilkan aktor terkenal, Beto Kusyairy, Azhan Rani dan Adam Corrie.
Turut membintangi, Taiyuddin Bakar, Mustakim Bahadon, Megat Sharizal dan barisan pemain bola sepak AMD iaitu Izz Qhuzaidie Mazni Alif Aiman Mohamad, Amil Haikal Rozmi, Nazwan Abdullah, Nur Qayyum Irfan Jamil, Airiel Zafran Mohd Azrul, Al Kausal Jarah, Shahmeer Rusli dan Adam Shauki Asmady.
Tidak ketinggalan, penampilan anak saudara Sultan Pahang, iaitu Wan Omar Daanyal Wan Ahmad Muadzam.
Disifatkan satu kisah menyentuh hati yang mengetengahkan nilai kekeluargaan, keputusan sukar, integriti dan persahabatan, majlis pelancaran filem Anak Rimau The Movie turut selari dengan Bulan Kemerdekaan, sekali gus menyuntik semangat patriotik dalam kalangan rakyat serta kejohanan Piala Dunia 2022 yang akan melabuh tirai, tidak lama lagi.
Anak Rimau The Movie memaparkan kisah sekumpulan anak muda berbakat tinggi dalam dunia bola sepak yang terdiri daripada pelbagai kaum ketika menyertai Akademi Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy).
Mereka mengharungi pelbagai cabaran sebagai individu dan berpasukan ketika menghadapi fasa baru dalam dunia bola sepak.
Pemain perlu menentang cabaran peribadi dan halangan pasukan, sebelum berfikir mengenai kemenangan. Keazaman dan ketabahan pemain diuji menerusi kerjasama, isu keluarga, halangan hidup dan perlumbaan untuk menjadi yang terbaik demi memenangi Piala Jemputan Bola Sepak Belia ASEAN.
Selain itu, filem ini juga menekankan kebaikan akan sentiasa datang kepada mereka beriman dan berani berpegang kepada kebaikan dalam diri dan orang lain seperti slogan Anak Rimau The Movie, ‘bola itu bulat’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Cuba-Cuba Nak Try Dia Eh,” – Daiyan Trisha Titip Ucapan Buat Luqman Hakim, Ini Pula Reaksi Sesetengah Netizen

Penghijrahan pemain bola sepak remaja negara, Luqman Hakim ke bumi Bagium bagi menyertai pasukan, KV Kortrijk nyata mencuri tumpuan banyak pihak awal minggu lalu.
Keberangkatan Luqman itu sememangnya melahirkan rasa bangga di kalangan seluruh rakyat Malaysia.
Malah, ada juga rakan selebriti yang turut tumpang gembira seterusnya memberikan dedikasi buat pemain muda berkenaan, termasuk penyanyi Daiyan Trisya.
Daiyan dilihat memberikan reaksinya sejurus selepas akaun Twitter kelab bola sepak, KV Kortrijk memuat naik video khas bagi mengalu-alukan kehadiran Luqman.
Menurut Daiyan, dia berasa sangat gembira selepas melihat video berkenaan selain turut mengucapkan selamat maju jaya buat pemain di posisi penyerang terbabit.
watching this makes me so so happy. malaysia boleh 🇲🇾♥️ all the best Luqman, make us proud! https://t.co/Yn9OINsll4
— Daiyan Trisha 🇲🇾 (@daiyantrisha) August 14, 2020
“Watching this makes me so so happy. Malaysia boleh.
“All the best Luqman, make us proud!,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai terhadap perkongsian penyanyi lagu Langit itu.
Malah, ada juga suara-suara nakal yang membuat andaian sendiri terhadap starus yang dilayangkan Daiyan.
Luqman telah pun tiba di Belgium beberapa hari lalu dan harus menjalani sesi kuarantin selama 14 hari terlebih dahulu.
Pada masa sama, kelab devisyen 1 Belgium itu turut turut mengumumkan Luqman menyarung jersi nombor 9 bagi kelab tersebut.
Sumber: Twitter Daiyan Trisha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dedah Ada 7 Jurugambar Di Majlis Kahwin, Tapi Elfira Loy Hampa Tiada Foto Solekan Wajah Sebab…

Pelakon, Elfira Loy mengimbau kembali kenangan saat melangsungkan majlis perkahwinan bersama suaminya, Faris Khairul Anuar dengan memuat naik beberapa keping foto menerusi InstaStories.
Dalam pada itu, Elfira atau nama lengkapnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri juga mendedahkan cerita di balik majlis kahwinnya yang mungkin tidak ramai tahu.
Pelakon berusia 27 tahun ini menjelaskan, dia tidak memiliki foto saat wajahnya ditatarias untuk dijadikan sebagai kenangan.
“Waktu ni, saya ada 7 photographer tapi saya tak ada gambar makeup. semua ambik moments, pasal saya tak mau di ganggu waktu tak keluar lagi. Bingai betui. now kenot post makeup look.
“Saya cakap dengan adik saya, kalau veil takde shot kibas mcm ni siap hang. If korang tak percaya bridesmaids hampa, suruh jer kak @tymfatimah jadi. confirm jadi. eh tapi covid kan mana ada wedding,” tulisnya.
Sekadar informasi, Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.
Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI