Pemain Gitar Terkenal, Fauzi Samin Telah Pergi Dijemput Illahi

Share

Pemain gitar terkenal, Fauzi Samin atau lebih dikenali sebagai Aji dilaporkan meninggal dunia pagi ini akibat serangan jantung.

Memetik Awani, Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Shah Alam kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

Menurut pengurus Datuk Ramli Sarip, Juria Banding, lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi Khamis Aji mengadu sakit dada kepada rakannya dan cuba mengambil ubat.

“Selepas itu dia mula muntah-muntah dan selepas itu, rakannya menghubungi Ambulans dan terus di bawa ke Hospital Columbia di Kota Kemuning untuk diberi rawatan.

“Allahyarham sepatutnya membuat persembahan bersama Datuk Ramli Sarip di Melaka malam ini,” katanya.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Gombak hari ini.

Susulan itu, berita dukacita itu turut dikongsikan rakan artis seperti Datuk Hattan dan beberapa teman rapat Allahyarham di media sosial.

Ketika hayatnya, Allahyarham sering menjadi pemuzik undangan untuk beberapa artis tanahair antaranya Datuk Shiela Majid, Datuk Zainal Abdin, Datuk Ramli Sarip dan ramai lagi. Al-Fatihah…

Sumber: Astro Awani

Published by
MH