
Pemain bola sepak kebangsaan yang mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol menerusi rembakan terus di Separuh Akhir Piala Aff Suzuki Cup menentang Thailand, Syahmi Safari mengumumkan dia kini sudah pun selamat bertunang dengan gadis pilihan, Byla Nafissah.
Pengumuman gembira itu turut disampaikan tunang menerusi Instagram masing-masing.
“23/12/2018. Alhamdulillah, semoga semuanya dipermudahkan,” tulis mereka.
View this post on Instagram23/12/2018 Alhamdulillah, semoga semuanya dipermudahkan ??? #weareengaged
A post shared by Syahmi Safari (@syahmisafari20) on
Sedondon dalam persalinan rona ungu cair, pasangan sama cantik ini turut berkongsi momen sekitar majlis.
Tahniah dari MH buat pasangan ini, moga cepat-cepat mendirikan rumah tangga okay!
Foto: Instagram Syahmi Safari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Comel Sangat,” – Peluk Anak Patung Ketika Disuntik Vaksin, Nabila Razali Jadi Perhatian Peminat

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali telah menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hari ini.
Menerusi entri di Instagram, penyanyi yang sinonim dengan Peluang Kedua ini turut memuat naik satu rakaman video berserta beberapa keping foto momen ketika sedang menerima vaksin tersebut.
Mencuri perhatian, Nabila juga dilihat memeluk patung haiwan Dinasour ketika mengambil vaksin tersebut.
Pada masa sama, penyanyi berusia 29 tahun ini memberitahu proses pengambilan vaksin tersebut telah berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah.. Bella bersama Baby Joong-Ki dah pun selesai dapatkan dos pertama vaccine Covid19 di Universiti Malaya tadi.
“Kejap je process dia. Tak sakit pun Semua staff frontliner baik2. Thank you so much korang!,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji gelagat bintang drama bersiri Kebaya Kasut Kanvas itu.
“Kene cucuk pun kene ade bear eh so cute,” tulis seorang warganet.
“Well done bella look so cute,” puji seorang peminat yang lain.
“Alaaa. Manjanya bella. Cute jak,” tulis lagi seorang peminat.
Foto: Instagram Nabila Razali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Buka DM, Tengok Terus Dapat Offer, Memang Rezeki Terpijak…,” – Hantu Kuat Ketawa, Ini Kata Zarina Anjoulie

Pelakon dan usahawan sensasi, Zarina Anjoulie turut diundang sebagai tetamu jemputan rancangan hiburan MeleTOP, semalam.
Difahamkan, keberadaan Zarina bersama pengarah, Asmawi Ani atau lebih mesra dengan sapaan Mawi bagi mempromosikan filem terbaru, Hantu Kuat Ketawa.
Ketika sesi temu bual bersama hos Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, Zarina akui sememangnya sudah lama tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan sebelum ini.
Jelasnya, hal ini berlaku oleh kerana dia terpaksa menolak setiap tawaran lakonan yang diterimanya atas sebab masalah kekangan lokasi penggambaran terlalu jauh.
“Kalau ikutkan memang nampak saya sekarang banyak buat produk reviu, tapi sejujurnya saya lebih suka dengan lakonan sebenarnya.
“Memang tidak dinafikan, saya memang ada banyak dapat tawaran berlakon sebelum ini tetapi semua lokasi penggambaran yang dijalankan sangat jauh,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun ini turut menceritakan situasi yang berlaku ketika menerima tawaran lakonan filem ini.
“Nak jadikan cerita, macam mana saya boleh terima tawaran lakonan daripada Mawi, kebetulan sebelum itu saya memang sedang tonton filem pertama arahan dia.
“Kemudian, saya terfikir macam seronok juga kalau dapat peluang berlakon dengan Mawi. Selepas itu, saya ada buka Direct Message (DM) tengok terus dapat offer, memang rezeki terpijak betul,
“Bila dah bincang bersama, saya dapat tahu lokasi penggambaran yang akan dijalankan pula sangat dekat, syukur Alhamdulillah jadi saya pun terus terima,” kongsinya lagi.
Hantu Kuat Ketawa ini merupakan filem kedua dibawah arahan Mawi dan telah mula ditayangkan menerusi saluran Astro First (480) dan On Demand, pada 9 Februari lalu.
Selain Zarina, filem ini turut dibintangi pelakon hebat Saiful Apek, Syanie, Along Cham, Zalif Sidek dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zarina Anjoulie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Korang Takda Modal Lain Ke Kalau Berhujah,” – Beri Pandangan Kes Basikal Lajak, Michael Ang Bengang Dituduh Rasis

Pengarah dan penerbit, Michael Ang meluahkan rasa berang dengan tindakan segelintir pihak yang memainkan sentimen perkauman berhubung pendapatnya mengenai kes basikal lajak baru-baru ini.
Menurut Michael, dia sendiri tidak menyangka pandangan itu mampu mencetuskan kecaman pihak tertentu yang mendakwa dirinya mempertahankan wanita tersebut hanya kerana mereka sebangsa.
Jelasnya lagi, sekiranya perbuatan tersebut dilakukan oleh individu berbangsa lain, responnya juga akan tetap sama dan tidak berubah.
“Korang netizen neraka tak ada modal lain ke kalau nak berhujah. Balik-balik guna guna isu rasis. Dah 2022, sifat rasis ni sangat ketinggalan zaman.
“Hanya kerana saya kata cakap tak rasa perempuan tu patut dipenjara, dengan segera statement dia ‘kaum kau, kau back up la’.
“Apa yang bodoh sangat tu. Hey, aku tak kisahlah kalau dia Cina ke Melayu ke India ke, kalau aku rasa ia tak betul, aku akan cakap juga,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Cinta Atau Propa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Sabtu.
Micheal turut menambah, sekiranya pemandu tersebut benar-benar bersalah, dia juga akan tetap lantang bersuara dan mencadangkan mahkamah untuk memberikan hukuman yang berat buat si pelaku.
“Kalaulah pemandu tu mabuk, aku akan tetap suruh mahkamah untuk gantung pesalah sampai mati tak kira bangsa.
“Tak semua orang ni rasis okay. Nak ‘hanjingkan’ orang, cuba jadi kreatif lagi ye,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut menasihati Michael untuk tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut.
Dalam perkembangan lain, Michael ini difahamkan sedang sibuk drama terbarunyanya berjudul Setelah Terlafaznya Akad 2 yang menampilkan Uqasha Senrose dan Kamal Adli sebagai tunjang utama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Michael Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI