Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas menjelaskan pihaknya sudah pun menjelaskan pembayaran penuh untuk bekas hos program Mic On! musim kedua, Azwan Ali untuk sepuluh minggu siaran.
Menerusi satu kenyataan media, Adam Ilyas mendedahkan pembayaran tersebut telah dilakukan pada hari sama Azwan digugurkan pada 8 Mac lalu.
“Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pihak Awesome TV tidak akan bertolak ansur sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar etika kerja terutamanya yang melibatkan program-program terbitan kami kerana mereka seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab yang datang bersama dengan lantikan mereka.
“Merujuk kepada isu Azwan Ali yang menuntut baki bayaran untuk program MIC ON!, pihak Awesome TV memandang serius akan pertuduhan tersebut kerana pembayaran penuh untuk sepuluh minggu telahpun dibuat pada hari yang sama beliau digugurkan iaitu pada Selasa, 8 Mac 2022. Meski beliau cuma melunaskan komitmen sebagai hos untuk tempoh enam minggu sahaja,” katanya.
Ads
Kenyataan sama antara lain turut memaklumkan, pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat Azwan juga telah dikeluarkan pada hari sama.
“Kami beranggapan isu bayaran untuk program MIC ON! sudahpun selesai dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. Fokus utama kami sekarang adalah untuk menghabiskan program MIC ON! yang masih berbaki empat minggu lagi,” katanya.
Dalam pada itu, pihak produksi juga merancang membawa masuk khidmat hos jemputan untuk digandingkan bersama hos sedia ada, Issey Fazlisham.
Ads
Keputusan tersebut dibuat bagi memeriahkan lagi konsert mingguan MIC ON! dan hos bersama bakal diumumkan produksi dalam masa terdekat.
MIC ON! bersiaran pada setiap Jumaat, 9.00 malam menerusi saluran Awesome TV di platform Astro 123 dan MyTV 112.
Ads
Terdahulu Awesome TV dalam satu kenyataan memaklumkan Azwan digugurkan sebagai pengacara program realiti berkenaan berkuat kuasa serta merta pada Selasa lalu.
Bagaimanapun, punca sebenar Azwan digugurkan daripada program itu tidak didedahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menasihati golongan lelaki terutama yang berstatus suami orang, pengasas produk kosmetik Revfa menjelaskan, seorang suami seharusnya tidak perlu cuba memikat seorang wanita, melainkan si isteri setuju untuk bermadu.
Jelasnya, walau isteri tidak sempurna, namun wanita itulah yang berkorban jiwa raga demi menjaga si suami.
“Lelaki bila dh berpunya, tak perlu lah nak TRY wanita lain (kecuali kalau isteri setuju bermadu).
“Walau wanita kamu itu tidak sempurna, fikir lah diri kamu tu pun lagi la tak sempurna langsung. (Tu pun okey laa jadi helok sikit sbb bini yg jaga makan & pakai, kalau tak mmg supa bangkai).
“Wanita lain memang nampak cantik, kaya, seksi & sempurna, tapi hatinya tak ikhlas & tiada pun nama kamu.
“Nama dia tak ada pun tertulis di Luth Mahfudz utk kamu,” tulisnya di laman Instagram.
Bekas isteri penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun ini turut meminta agar golongan lelaki bersyukur dengan isteri kerana wanita inilah yang membahagiakan mereka setiap masa.
“Jadi, bersyukur apa adanya wanita mu itu yg sentiasa berusaha membahagiakan mu setiap hari.
“Biarlah dia biasa biasa saja tapi dia cinta kamu melebihi apa pun.
“So siapa still SINGLE / still tak laku tu jgn segan2, boleh promote diri kt ruangan komen d bawah,” ulasnya lagi.
Bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang lalu, suami kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Muhammad Shazli Azhar ada memuat naik sebuah video sebagai suatu dedikasi bagi menghargai pengorbanan isteri tersayang.
Video yang mendapat tontonan hampir setengah juta kali itu antara lain memaparkan detik Emma bersalinkan anak pertama mereka, Shariq Gabriel.
Dapat dilihat bagaimana si ibu berjuang ketika melahirkan permata hati yang kini mencecah usia 6 bulan itu.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara, tidak kira bergelar selebriti atau tidak ramai yang mengambil peluang untuk memberi bantuan kepada masyarakat.
Bekas pelakon, Zul Yahya ada berkongsi beberapa keping foto ketika memberi sumbangan kepada masyarakat di akaun Instagram miliknya.
Bukan itu sahaja, Zul turut kelihatan memberi bantuan kepada masyarakat yang berlainan bangsa dan kaum.
“Mashaa Allah .. kasih sayang dan nikmat kena di kongsi bersama .. Allah SWT sayang kita ..,” tulisnya.