“Pembedahan 45 minit Berjalan Lancar,” – Tasha Shilla Bersalin Baby Girl, Lengkap Sepasang

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Tasha Shilla yang selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.19 kilogram menerusi kaedah pembedahan kira-kira jam 10.37 pagi, pada Isnin.

Suami Tasha iaitu Muhammad Atiq Idris, menerusi Harian Metro mendedahkan, proses pembedahan isterinya berjalan lancar.

Malah, dia turut bersyukur apabila ibu dan anak yang baru lahir berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah…Tasha selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi secara pembedahan. Bayi dan Tasha juga berada dalam keadaan baik. 

“Syukur kerana pembedahan selama 45 minit itu juga turut berjalan dengan lancar. Saya juga berada di dalam bilik pembedahan untuk menemani Tasha.

“Saya berterima kasih kepada doktor kerana banyak memberikan penjelasan bagi memudahkan urusan pembedahan,” katanya.

Difahamkan, pasangan itu juga sudah memilih nama Nyla Kaadira buat cahaya mata kedua mereka. 

Untuk rekod, Tasha dan Atiq mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020.

Selain Nyla, pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata lelaki, Raeez Zander yang kini berusia setahun lima bulan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH