Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada Isnin tepat jam 10.01 malam.
Berita gembira itu disahkan oleh wakil pengurusan Nabila Razali Enetrtainment menerusi satu kenyataan pada petang Selasa.
Nabila dan bayi lelaki seberat 3.1 kilogram itu kini dilaporkan berada dalam keadaan yang sihat.
Bersalin Secara Pembedahan
Sementara itu, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali turut memanjatkan rasa syukur selepas prosedur bersalin secara pembedahan berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah, ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.
“Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan, dan akhirnya, Allah kurniakan amanah ini buat saya dan suami,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Peluang Kedua ini turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa yang buat dirinya dan keluarga.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan saya serta memberikan sokongan tidak berbelah bahagi selama ini,” katanya lagi.
Sekadar informasi, Nabila dan suami, Nik Iruwan telah melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram Nabila Razali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI