Bintang drama Takdir Yang Tertulis, Nad Zainal telah dinobatkan antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2020 bagi kategori seni dan kebudayaan anjuran Entrepreneur Insight.
Jelas Nad, dia sangat terharu dengan pengiktirafan tersebut dan menganggap ia sebagai satu permulaan yang baik bagi tahun 2021.
“Alhamdulillah 100 Most Influential Young Entreprenuers 2020 category ART & CULTURE.
“Saya sangat-sangat terharu dan pembukaan 2021 ini banyak memberi pengalaman indah,” tulisnya.
Rasa syukur dan terharu itu dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Nad turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong perjalanan seni dan perniagaannya selama ini.
“Terima Kasih keluarga tercinta,para guru, sahabat dan peminat yang mendukung kerja seni dan perniagaan saya,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mentipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga Nad akan terus sukses pada masa akan datang.
Untuk rekod, Nad ketika ini sedang mengusahakan perusahaan produk kecantikan yang diberi nama Audela Beauty.
Sumber: Instagram Nad Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Angkat Soal Adat & Budaya Dengan Dilatari ‘Feel’ Kampung, Filem Gadis Jolobu The Movie Dekat Di Hati
Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif, Saraleana Nattaya Azmi menjelaskan pihaknya tidak meletakkan harapan tinggi menerusi naskhah terbaharu, Gadis Jolobu The Movie yang meski filem tempatan, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencipta fenomena dengan kutipan lebih RM90 juta.
Saraleana berkata, dia bagaimanapun optimis terhadap filem berkenaan yang mula ditayangkan di pawagam bermula hari ini.
“Insya-Allah, Gadis Jolobu The Movie ada potensi, tetapi sebagai penerbit, saya tidak mahu mengatakan filem ini boleh mencapai angka besar. Bohong jika tidak mengharapkan Gadis Jolobu The Movie pecah panggung, namun tidak meletakkan harapan meraih kutipan puluhan juta.
“Saya tahu ramai mungkin membandingkan dengan filem Mat Kilau, tetapi genrenya berbeza. Bajetnya pula lebih rendah iaitu sebanyak RM2.5 juta,” katanya.
Sebagai kelainan, pihak juga dalam perancangan untuk melakukan wayang pacak filem Gadis Jolobu The Movie di sekitar Negeri Sembilan, September depan.
Jelasnya, filem itu juga dihasilkan bagi menggamit semula memori filem komedi arahan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang sehingga kini masih segar dalam ingatan penonton.
“Kami mahu bawa balik filem P Ramlee seperti nyanyian dalam filem. Menerusi filem Gadis Jolobu The Movie, kita boleh lihat sisi Hattan yang berbeza, daripada lantang bersuara, beliau menyanyi dan melawak.
“Walaupun Gadis Jolobu The Movie mengetengahkan dialek tempatan, tetapi kami berhasrat membawanya hingga pasaran global. Selepas tayangan di Malaysia, Gadis Jolobu The Movie akan dibawa ke Brunei, Indonesia dan Thailand.
“Saya percaya Gadis Jolobu The Movie mampu menarik perhatian orang luar dan tempatan lebih menghargai kecantikan Malaysia. Kami menghasilkan filem dialek untuk membawa kandungan tempatan ke peringkat global.
“Jadi, mengapa pengarahnya, CL Hor banyak mengetengahkan sinematografi cantik dengan memperlihatkan kawasan kampung dan sawah padi sebab apabila filem ini ditayangkan di Thailand dan Brunei, mereka boleh melihat kecantikan destinasi di Malaysia,” katanya lagi.
Sementara itu, CL Hor yang juga pengasas Zebra Studio yakin dengan kelainan filem berkenaan yang memaparkan keunikan adat dan budaya Malaysia, ia mampu berdiri setanding dengan filem genre lain sedia ada.
“Gadis Jolobu mengangkat adat dan budaya yang berwarna-warni dengan sinematografi persekitaran kampung. Malah, elemen komedi akan menambahkan perisa memperkenalkan Malaysia di mata dunia.
“Jujurnya, saya sudah lama mahu menghasilkan filem budaya tempatan sebab saya selalu melihat Malaysia mempunyai banyak tarikan lokasi yang cantik.
“Menerusi filem ini saya berpeluang menjayakan penggambaran di kawasan kampung untuk membawakan ‘feel’ kampung ke layar perak, sekali gus memperkenalkan lokasi Malaysia untuk penonton luar,” katanya.
Projek mega dimeterai syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd itu diterajui Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud serta bintang baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin.
Walaupun berbangsa Cina, CL Hor mengakui tidak berdepan kesukaran untuk memahami dialek Negeri Sembilan selepas membaca skrip berulang kali.
“Saya membaca skrip berulang kali dan penulis skrip juga ada melakukan terjemahan. Jadi, tidak susah untuk difahami.
“Namun di sebalik dialek, saya juga banyak menggunakan bahasa tubuh supaya ia lebih mudah difahami penonton. Jadi, jika tak faham bahasa pun penonton boleh ketawa melihat gelagat pelakon,” katanya.
Melihat banyak wajah baharu menerusi filemnya, CL Hor menjelaskan, hasrat untuk memberi peluang kepada pelakon baharu selaras dengan wawasan Zebra Studios Sdn Bhd yang mahu mengetengahkan bakat baharu.
“Saya bertuah mempunyai penerbit dan rakan kerja yang percaya kepada saya untuk mengetengahkan bakat baharu. Industri perfileman Malaysia patut memberi peluang kepada pelakon muda.
“Jangan melihat pelakon popular seperti Datuk Adi Putra saja yang mampu mengangkat filem tempatan. Jadi, saya mengambil risiko dan percaya boleh melatih bintang baharu menjadi pelakon lebih baik.
“Saya gembira melihat hasilnya menerusi filem Gadis Jolobu The Movie. Semua orang suka melihat lakonan bakat baharu dalam filem ini,” katanya lagi.
Gadis Jolobu The Movie yang menjalani penggambaran di Kampung Lonek, Negeri Sembilan bermula 2 Mac lalu.
Ia memaparkan kisah tiga bujang terlajak yang rapat sejak kecil dalam usaha mencari jodoh di kampung halaman. Gadis Jolobu The Movie menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara hari ini, manakala platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ani Maiyuni Tak Nafi Vida Bijak – “Pandai Buat Orang Untuk Sentiasa Beri Perhatian Pada Dia.”
Penyanyi, Ani Maiyuni menyuarakan pendapatnya terhadap isu hangat membabitkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang baru sahaja melancarkan lagu muzik video terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menjadi perhatian ramai selepas melancarkan karya berkenaan di rasmi YouTube miliknya, pada Isnin lalu.
Meski ramai yang memberi kritikan terhadap naskhah terbaharu usahawan berusia 50 tahun itu, Ani berpendapat Vida sentiasa bijak dalam mencari peluang untuk meraih perhatian.
“Pada pandangan saya, untuk zaman sekarang, dia bijak mencari peluang dan pandai membuatkan orang ramai untuk sentiasa beri perhatian pada dirinya,” katanya.
Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman menambah, untuk menjadi penyanyi disegani, seseorang penyanyi harus sentiasa menghindari daripada melakukan hal negatif seterusnya beri contoh baik pada semua.
“Saya sebagai penyanyi lama, kita menerima sahaja kehadiran penyanyi baru tapi jangan anda naikkan nama populariti anda dengan cara melakukan benda macam itu.
“Macam kami dulu, nak jadi seorang penyanyi perlu ada sifat sebagai ikon dan kami tidak boleh langsung ada benda negatif sebab penyanyi lama memang sudah diajar macam itu oleh syarikat rakaman,” katanya lagi.
Selain itu, penyanyi lagu Sedap ini berkata cara sedemikian ibaratnya kini sering dilakukan segelintir penyanyi baru sehingga menjadi trend pada yang lain.
Kongsi lagi ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, situasi tersebut mungkin boleh memberikan pada reputasi industri hiburan tanah air.
“Tapi zaman sekarang, ramai yang nak dapatkan perhatian dengan cara macam itu adalah sangat tidak bagus. Kalau boleh kita tidak mahu benda itu boleh buat genarasi baru sekarang tidak tahu untuk menilai mana yang bagus dan tidak.
“Kenapa yang bagus tidak diberi perhatian tapi yang tidak bagus pula diberi perhatian lebih, jadi kalau boleh kita tidak mahu situasi ini berlaku pada masa akan datang,” luahnya lagi.
Ani telah berkata demikian ketika ditemui di majlis perlancaran sebuah jenama rangkaian produk kecantikan dan penjagaan wajah, AISEL, di Cornerstone IPC Glass House, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ani Maiyuni
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“MasyaAllah A Baby Boy For Us.”- Dynas Mokhtar Selamat Lahir Bayi Lelaki
Menerusi akaun Instagram pelakon Dynas Mokhtar telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya.
“Ketentuan Illahi… Alhamdulillah. MasyaAllah A baby boy for us. We are well. #170519 #LilP #Rikdy”tulisnya.
View this post on InstagramKetentuan Illahi… Alhamdulillah. MasyaAllah A baby boy for us. We are well. #170519 #LilP #Rikdy
A post shared by dynas (@dynasmokhtar) on
Dynas atau nama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 17 Mei lalu.
Di samping itu, rakan selebriti dan peminat memberikan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.
MH ingin mengucapkan tahniah kepada Dynas kerana telah selamat melahirkan bayi ketiga.
Terdahulu, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khyra Khalyssa, 8 dan Mohamed Haqaish, 6 tahun menerusi perkahwinan terdahulu.
Kemudian, Dynas telah mendirikan rumah tangga bersama Syazrik Din pada 21 April tahun lalu.
View this post on InstagramKhyra decided to continue sleeping ….
A post shared by dynas (@dynasmokhtar) on
View this post on InstagramA post shared by dynas (@dynasmokhtar) on
Foto : Instagram Dynas Mokhtar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI