Bintang drama Takdir Yang Tertulis, Nad Zainal telah dinobatkan antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2020 bagi kategori seni dan kebudayaan anjuran Entrepreneur Insight.

Jelas Nad, dia sangat terharu dengan pengiktirafan tersebut dan menganggap ia sebagai satu permulaan yang baik bagi tahun 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

 “Alhamdulillah 100 Most Influential Young Entreprenuers 2020 category ART & CULTURE.

“Saya sangat-sangat terharu dan pembukaan 2021 ini banyak memberi pengalaman indah,” tulisnya.

IKLAN

Rasa syukur dan terharu itu dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Nad turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong perjalanan seni dan perniagaannya selama ini.

IKLAN

“Terima Kasih keluarga tercinta,para guru, sahabat dan peminat yang mendukung kerja seni dan perniagaan saya,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mentipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga Nad akan terus sukses pada masa akan datang.

IKLAN

“Pembukaan 2021 Ni Banyak Pengalaman Indah,” – Tahniah! Nad Zainal Antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2020 “Pembukaan 2021 Ni Banyak Pengalaman Indah,” – Tahniah! Nad Zainal Antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2020 “Pembukaan 2021 Ni Banyak Pengalaman Indah,” – Tahniah! Nad Zainal Antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2020 “Pembukaan 2021 Ni Banyak Pengalaman Indah,” – Tahniah! Nad Zainal Antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2020

Untuk rekod, Nad ketika ini sedang mengusahakan perusahaan produk kecantikan yang diberi nama Audela Beauty.

Sumber: Instagram Nad Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI