Awal semalam, personaliti media sosial, Farah Lee ada berkongsi sekeping foto yang nyata mencetus sebak serta perhatian netizen.

Foto tersebut memperlihatkan ibu tunggal itu bergambar beramai-ramai sebelum berlepas bagi menyambung kembali pengajian di United Kingdom selepas pulang bercuti sempena Syawal.

Menerusi foto yang dikongsikannya itu, Farah Lee turut menyatakan rasa terharu apabila bekas suami, Ally Iskandar bersama wanita yang dikatakan sebagai isteri barunya, turut sama-sama menyertai rombongan menghantarnya ke lapangan terbang.

Malah, menerusi ruangan kapsyen juga, Farah turut memaklumnya anaknya, Maream pertama kali bertemu dengan isteri bekas suami yang dipanggil ‘Ibu’ itu.

“Pengantin baru hantar #ommaream balik UK. First time Maream jumpa Ibu tapi kalut2 tadi terlupa nak ambik gambar berempat. Barakallahufik to both Daddy and Ibu. Moga mendapat dan membagi sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga.

“Dan berkekalan hingga Syurga. Cecepat bagi Maream baby brother okay.? Kurang sket pressure omma.

Ads

“Anyway, thanks semua for sending us off (termasuk yang di belakang gambar).

“Terima kasih Malaysia walaupun tak terima kasih sangat sebab balik busy buat assignment, collect data masters thesis and settle @ommaesabel. Till we meet again taktau again tu bila,” tulisnya panjang lebar.

Lalu, entri yang sudah pun mendapat lebih 60,000 tanda suka itu dihujani dengan komen pelbagai.

Rata-ratanya menyatakan rasa sebak dan tak kurang yang memuji wanita berkenaan yang disifatkan cukup kuat dan bijak dalam mendidik anak yang masih kecil.

Ads

Peminat Doa Moga Digantikan Jodoh Lebih Baik, Sebak Hati Tatap Foto Ally Iskandar & Isteri Ikut Hantar Farah Lee Balik UK Peminat Doa Moga Digantikan Jodoh Lebih Baik, Sebak Hati Tatap Foto Ally Iskandar & Isteri Ikut Hantar Farah Lee Balik UK Peminat Doa Moga Digantikan Jodoh Lebih Baik, Sebak Hati Tatap Foto Ally Iskandar & Isteri Ikut Hantar Farah Lee Balik UK

Terdahulu, berita mengenai perkahwinan hos popular itu bersama seorang wanita dari Temerloh Pahang yang dikenali sebagai Marlina mulai tular di media sosial, sejak semalam.

Peminat Doa Moga Digantikan Jodoh Lebih Baik, Sebak Hati Tatap Foto Ally Iskandar & Isteri Ikut Hantar Farah Lee Balik UK

Ads

Meski berita tersebut belum pun disahkan empunya badan, namun peminat terlebih dulu merakamkan ucapan tahniah buat perkahwinan keduanya sambil mendoakan agar ia berkekalan hingga hujung hayat.

Sementara itu, Ally dan Farah Lee berkongsi hidup sebagai pasangan suami isteri pada tanggal 20 Januari 2012 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 17 Ogos 2016.

Keduanya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel, lima tahun.

 

Foto: Instagram Farah Lee/Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI