Penyanyi, Amir Masdi mendedahkan dirinya sudah pun membuat persiapan rapi menjelang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) apabila bakal berduet bersama penyanyi berpengalaman, Dayang Nurfaizah menerusi lagu Debu.

Jelas Amir, dia akan berusaha sehabis baik untuk memenuhi harapan tinggi bukan sahaja daripada peminatnya tetapi juga peminat Dayang.

“Dengan sesiapa pun saya berduet atau menyanyi untuk diri sendiri, expektasi yang saya letakkan memang tinggi. Saya rasa peminat pun begitu juga lebih-lebih lagi bila saya berduet dengan Dayang Nurfaizah.

“Beliau merupakan penyanyi yang sangat berbakat. Peminat pun mengharapkan saya untuk mencapai penanda aras yang sama dengan Dayang.

“Saya sedar mengenai perkara itu. Sebelum kami bekerjasama, saya tahu ini bukan kolaborasi yang saya boleh ambil sambil lewa. Saya mahu pastikan projek ini bukan sekadar duet sahaja tetapi boleh membawa kerjaya saya lebih jauh,” katanya kepada MH.

Ads

Dalam pada itu, juara Akademi Fantasia 2016 ini juga mendedahkan keserasiannya bersama Dayang kini sudah berada ditahap yang terbaik.

“Mula-mula memang awkward nak menyanyi dengan Dayang. Bila pertama kali berjumpa, saya agak segan tapi Dayang juga sangat merendah diri dan terbuka untuk berduet dengan saya.

“Lama-kelamaan saya jadi selesa kerana Dayang sentiasa berikan energi yang positif. Disebabkan itu, saya jadi lebih yakin dan selesa,” kongsinya lagi.

Ketika ditanya mengenai penampilannya pada malam AJL37 nanti, Amir memaklumkan dirinya akan berusaha untuk mencapai standard yang sama dengan Dayang yang amat sinonim dengaj fesyen-fesyen ikonik di pentas-pentas AJL sebelum ini.

Ads

“Saya juga sangat mementingkan penampilan. Saya bukan setakat fokus menyanyi sahaja tapi saya juga teliti tentang pemakaian dan fesyen saya lebih-lebih lagi di anugerah berprestij ini.

“Ini perkara yang sangat penting. Saya akan pastikan penampilan saya selesa untuk dilihat dan bersesuaian dengan tema dan konsep,” akhirinya.

Ads

Terdahulu, Debu merupakan lagu ciptaan sepenuhnya Mas Dewangga, Jova Dovito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim.

Sekadar informasi, AJL-37 bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan akan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 pada Ahad.

Sebanyak 12 lagu bakal bertanding untuk tahta sebagai juara AJL yang baru.

AJL-37 bakal dihoskan oleh dua pengacara hebat tanah air iaitu Sherry Alhadad dan Jihan Muse.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Amir Masdi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI