Sungguhpun drama Andainya Takdir sudah hampir sebulan tamat bersiaran namun ‘bahangnya’ masih dirasai penonton.
Sering menerima pujian kerana berjaya membawa watak sebaiknya, Shukri Yahaya tidak terkecuali menerima impak cerita ini.
Menurut sebuah temu bual bersama portal Utusan Online, Shukri memberitahu sejak membintangi drama tersebut dirinya ada menerima beberapa kecaman dan cemuhan dari penonton.
Bukan itu sahaja, malah ada juga meluahkan ingin memukul dirinya di luar kerana terlalu geram dan marah dengan watak yang dipikulnya itu.
Namun baginya itu bukanlah sesuatu yang membimbangkan, sebaliknya membuktikan dirinya sudah lakukan yang terbaik untuk menjayakan drama tersebut.
Malah, Shukri juga menganggap lakonannya itu telah memasuki lubuk hati penonton sehingga wujudnya kebencian terhadap watak yang dibawa.
“Seronok juga rasanya apabila ada orang nak pukul kerana geram dengan karakter lakonan kita. Bermakna cerita itu sampai kepada mereka dan itulah yang saya mahu.
“Sebagai pelakon, kita bukan sekadar membawa watak sebaik mungkin tapi sangat mengharapkan agar lakonan kita ‘masuk’ ke lubuk hati penonton dan seterusnya mengambil ikhtibar daripada jalan cerita yang dipaparkan,” kata Shukri pada Utusan Online.
Betul kata Shukri , walaupun ada yang ‘terkesan’ dengan watak yang dibawa maknanya seseorang pelakon itu berjaya menghayati watak tersebut dengan sebaiknya.
Apa pun MH Online tak sabar nak tunggu drama Shukri yang seterusnya.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI