Pelakon, Fasha Sandha kini kelihatan semakin sopan dan gemar memakai hijab apabila berkongsi perkembangan terkini bersama peminat.

Menerusi salah satu posting Fasha di Instagram, rata-rata peminat memuji penampilan ibu kepada tiga orang cahaya mata itu memakai hijab.

“Cantiknya fasha  suka sgt penampilan fasha yg terkini, dr dulu mmg minat fasha, lg2 lakonan dia  semoga terus istiqomah & bahagia selalu,” tulis peminat.

Peminat Puji Manis Bertudung, Fasha Sandha Kata, “Masih Lagi Belajar.” Peminat Puji Manis Bertudung, Fasha Sandha Kata, “Masih Lagi Belajar.”

IKLAN

Lalu, pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini memaklumkan dirinya masih lagi dalam proses belajar untuk memakai hijab sepenuhnya.

“masih belajar lagi sis,” balas Fasha.

IKLAN

Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

IKLAN

Selepas itu, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.

Foto: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI