Bila bergelar selebriti sudah pasti golongan ini akan mempunyai peminat setia yang sentiasa menyokong dalam karier seni meski pada fasa turun atau naik.
Pelakon dan pelawak Zizan Razak misalnya ada berkongsi mengenai kisah peminat menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, terdapat salah seorang peminat setia yang telah menangis apabila menonton video ucapan terima kasih dari bintang filem Polis Evo itu.
Lalu, pelakon berusia 35 tahun itu meluahkan rasa terharu terhadap peminat setianya yang tak putus-putus menyokong kerjayanya sehingga ke hari ini.
Ads
“Assalamualaikum. Harini Zizan nak share berita gembira. Ni sorang peminat zizan nangis pula bila zizan send video ucap terima kasih kat dia kerana beli baju Rnab. Tapi dia pula nangis.
“Alhamdulillah sy amat bersyukur kerana memiliki peminat yang sentiasa menyokong saya dengan begitu Tegar Alhamdulillah.
Ads
“Semua ini rezeki Allah. Terharu bila saya lihat video ini. Zizan ucapkan terima kasih pada semua peminat peminat zizan @ztf_official@rnab_official @zrprojectofficial@fcukinflava #zrff #zrxff,” tulisnya.
Bintang rap asal Singapura, ALYPH optimis mempamerkan kematangan dan perkembangan dalam perspektif muziknya, sekali gus menjadi antara yang terbaik dalam kalangan rakan seangkatan.
Single terbarunya, SWIPE yang disuntik elemen romantik dan yakin diri kini dilancarkan menerusi Def Jam Malaysia dan Singapura.
Sering dikaitkan dengan ramai nama besar dalam hip hop Asia Tenggara, ALYPH membuktikan bahawa corak pemikirannya tersendiri, tajam dan lantang memartabatkan hip hop ke tahap tertinggi.
Menerusi ‘SWIPE’, ia menyentuh aspek harga diri dan keyakinan pada era percintaan menerusi aplikasi dan terpencil sekarang.
Meskipun melodinya cukup pantas menangkap halwa telinga pendengar, ALYPH akui ia bukan satu hal yang mudah.
“Bukan senang nak jadi yakin setiap masa, jadi saya ingin hasilkan lagu yang mampu cetuskan rasa itu. Bagi memberi gambaran realistik, saya menjadikan seseorang sebagai rujukan yang cukup tepat dan tidak munafik berdekad lamanya.
“Beliau ialau usahawan dan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV). Ramai tahu, DSV sering mendapat liputan dan tidak pernah gagal menjentik khalayak untuk bercakap mengenainya.
“Saya inginkan seseorang yang langsung tak malu jadi dirinya dan pada masa sama, punyai luka silam serta kejayaan depan mata. DSV sangat sempurna dengan karakter itu,” katanya.
Frasa pernah diucapkan DSV juga menjadi pembuka lagu terbabit dan bertepatan dengan alur semangatnya iaitu ‘Asalkan kamu ada hala tuju, apa nak kisah?’
Muzik video lagu berkenaan juga cukup menarik, mendapat sentuhan pengarah kreatif dan pejuang kebudayaan Shahrin Bahar yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan ramai rakan hip hop seangkatan ALYPH.
Keluar dari kepompong lebih suka bekerja sendiri, ALYPH perlu akur untuk berikan laluan kepada Shahrin berkarya ikut kreativitinya.
Menurut Shahrin, muzik video itu diinspirasikan daripada visi dan pesona ALYPH menerusi warna-warna terang, kata kunci yang padu, suntingan pantas, dan kejutan lain, agar lebih menghiburkan untuk tontonan peminat.
“SWIPE adalah sebuah platform untuk ALYPH menonjolkan dirinya sebagai artis prolifik, pamer elemen yang sinonim dengan visi dan pesonanya,” kata Shahrin.
Malah akui ALYPH, dia juga turut mendapat sokongan pasukan, termasuk DSV.
“Saya sudah terbiasa selalu mahu uruskan segalanya sendiri tapi kali ini ada idea yang tidak menjadi dan lain-lain,” akui ALYPH.
“Itulah sebab saya belajar bekerja dengan sebuah pasukan besar untuk pastikan semua sepakat, termasuk DSV. Memang ia agak mencabar, namun sangat berbaloi,” katanya lagi.
SWIPE kini boleh dinikmati menerusi semua platform digital, termasuk muzik video rasmi yang sudah boleh ditonton di YouTube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi antarabangsa, Charlie Puth mengesahkan dia bakal tampil dengan single baharu berjudul Left And Right, kolaborasi bersama ahli kumpulan BTS, Jungkook.
Walaupun hanya akan dilancarkan pada 24 Jun ini, namun rata-rata peminat kedua-dua penyanyi popular itu sudah tidak sabar untuk mendengar versi penuh lagu tersebut.
Charlie sempat mempromosikan ‘snippet’ lagu tersebut di laman TikTok sehinggakan menjadi antara video yang trending di platform itu baru-baru ini.
Duo ini turut ‘menghadiahkan’ peminat dengan foto promosi single tersebut dengan berpakaian serba hitam dan putih.
Jungkook kini memberikan fokus terhadap kerjaya seni secara solo selepas BTS baru-baru ini mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada aktiviti berkumpulan.
Pengumuman itu dibuat BTS pada sambutan ulang tahun kesembilan kumpulan itu pada 13 Jun lalu.
Selain Jungkook, BTS yang popular dengan lagu Dynamite dan Butter itu turut dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin dan V.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...