Pempengaruh golongan muda khususnya, diingatkan agar lebih berhati-hati dalam menghasilkan kandungan media sosial supaya tidak menjejaskan imej dan reputasi mereka sendiri.

Pengerusi All Star Influencer (ASIA), Datuk Abd. Rahman Soltan, menegaskan bahawa pempengaruh seharusnya memanfaatkan populariti mereka untuk menyebarkan mesej positif dan menjadi teladan kepada masyarakat.

“Pempengaruh di bawah komuniti ASIA sentiasa dinasihatkan untuk tidak menghasilkan kandungan toksik. Mungkin content itu lawak, tetapi bila ada haters, mereka mungkin tidak dapat kawal situasi itu.

“Kami sentiasa terapkan nilai positif dan beri mereka peluang untuk turut serta dalam pelbagai program bermasyarakat anjuran ASIA. Ini penting untuk mereka sedar pengaruh dan kepentingan mereka kepada pengikut,” katanya.

Ads

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa ASIA bersama lebih 100 anak yatim dan tahfiz dari tiga rumah kebajikan, yang turut dihadiri rakan artis serta pempengaruh dari komuniti ASIA, baru-baru inu.

Persediaan Masa Depan

Abd. Rahman turut menekankan kepentingan perancangan jangka panjang bagi pempengaruh, terutamanya dalam dunia perniagaan.

“Jangan bergantung harap kepada kandungan review produk semata-mata. Satu masa nanti, lebih ramai pempengaruh muda akan hadir. Jadi, siap sedia dengan perancangan masa depan yang lebih tersusun,” katanya.

Ads

Menurutnya, ASIA menyediakan bimbingan dan sokongan kepada pempengaruh yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan agar mereka tidak hanya bergantung pada kandungan media sosial sebagai sumber pendapatan utama.

Pempengaruh Muda Diseru Hasilkan Kandungan Positif, Usah Buat Kandungan Toksik & Tunjuk Contoh Baik.

Pempengaruh Muda Diseru Hasilkan Kandungan Positif, Usah Buat Kandungan Toksik & Tunjuk Contoh Baik.Pempengaruh Muda Diseru Hasilkan Kandungan Positif, Usah Buat Kandungan Toksik & Tunjuk Contoh Baik.Pempengaruh Muda Diseru Hasilkan Kandungan Positif, Usah Buat Kandungan Toksik & Tunjuk Contoh Baik.Pempengaruh Muda Diseru Hasilkan Kandungan Positif, Usah Buat Kandungan Toksik & Tunjuk Contoh Baik.

Ads

 

Program Sempena Aidilfitri

Selain memberi bimbingan kepada pempengaruh, ASIA juga bakal mengadakan beberapa program kebajikan menjelang Aidilfitri bagi membantu golongan yang memerlukan.

Langkah ini bukan sahaja bertujuan untuk menyantuni mereka yang kurang bernasib baik, tetapi juga sebagai platform bagi pempengaruh untuk lebih aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan memahami peranan mereka di luar dunia digital.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI