Dunia pelancongan dan juga kandungan digital Malaysia kehilangan seorang pempengaruh popular, Nazirul Hakim, yang meninggal dunia pada malam Khamis.
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Azmeer Iskandar yang juga pencipta kandungan di laman Instagramnya.
“Innalillahiwainnailaihirojiun, sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat sahabat kita @iamnazirul yang telah kembali ke rahmatullah. I’m speechless,” tulisnya di Instastory.
Punca kematian pempengaruh terkenal itu dipercayai akibat jangkitan kuman yang dihidapinya. Perkara ini dokongsi sendiri oleh seorang lagi pempengaruh, Akhi Fairuz, menerusi hantaran di Instagram.
“Telah pergi sahabat saya @iamnazirul ke negeri abadi jam 10 lebih malam tadi. Dari awal Disember beliau telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman,” kongsinya.
Nazrul Hakim atau nama penuhnya Muhammad Nazirul Hakim Arman terkenal di media sosial sebagai pempengaruh yang banyak berkongsi tentang kandungan berasaskan pelancongan.
Kandungan tentang suasana kehidupan kampung dan keindahan seni bina tradisional melayu, pekan-pekan kecil yang dihasilkan mendapat perhatian masyarakat dalam dan luar negara.
Menghembuskan nafas terakhir pada usia 29 tahun, Nazirul pernah dinobatkan sebagai Key Opinion Leader (KOL) of The Year oleh Kerajaan Negeri Perak tahun ini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI