Pempengaruh popular Indonesia, Isa Zega telah menjadi tumpuan hangat minggu ini apabila dia memuat naik video berpakaian solat wanita saat mengerjakan umrah.
Memiliki lebih sejuta pengikut di Instagram, Isa Zega atau nama sebenarnya, Sahrul, bertindak biadap kerana tidak menghormati agama dan individu lain yang sedang menunaikan umrah di tanah suci.
Menerusi perkongsian di media sosialnya, dia dilihat berada di ruang solat khusus untuk wanita lantas menimbulkan rasa kurang senang rakyat Indonesia.
Menurut laporan portal berita VOI, kelakuan personaliti transgender itu mencetuskan rusuhan oleh khalayak ramai yang menuntut Kementerian Agama agar mengambil tindakan dan menjatuhkan hukuman kepadanya.
Tidak kurang juga ada yang mendesak agar agensi umrah yang membawa personaliti tersebut turut dikenakan hukuman dan dan ditarik semula lesen kerana turut bersubahat dalam perbuatan menghina agama.
Dalam laporan terkini CNN Indonesia pula, pihak polis Jakarta Selatan telah menerima laporan yang dibuat oleh individu dengan nama singkatan HK.
“Semalam, seorang lelaki berinisial HK hadir untuk membuat laporan berkaitan kes yang didakwa melibatkan penghinaan agama, dengan individu yang dilaporkan ialah SI alias IZ,” kata Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Polres Metro Jakarta Selatan, AKP Nurma Dewi, kepada wartawan.
Menurut Nurma, dalam laporan tersebut, pelapor turut menyertakan bahan bukti berupa satu kandungan. Laporan tersebut kini sedang dalam siasatan lanjut. Katanya lagi, penyiasat akan segera memanggil Isa sebagai individu yang dilaporkan untuk memberi keterangan sebaik pulang ke Indonesia.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan