Penyanyi Mimi Fly, memberitahu dia menerima setiap komen daripada netizen, sama ada positif atau negatif, mengenai muzik video (MV) lagu rayanya, Serumpun, yang mencetuskan kontroversi kerana penampilannya berkemban.

Mimi, atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 39, turut memberitahu, niat utamanya bukan untuk mencetuskan sensasi, sebaliknya hanya ingin memberikan yang terbaik dalam karyanya.

“Saya tidak berniat mencipta kontroversi melalui lagu Serumpun ini, tetapi terlalu fokus pada karyanya kerana inginkan hasil terbaik sehingga menolak tepi perkara lain.

“Ketika ini, saya sangat obses dengan karya lagu sendiri. Apapun, saya terima segala komen, sama ada baik atau buruk, termasuk kalau ada yang tersinggung dengan karya saya itu, saya minta maaf.

“Insya-Allah kalau buat lagu raya lain pada masa akan datang, saya akan memperbaikinya. Bukan niat saya pun nak cetus sensasi, tapi memang saya selesa dengan pakaian (berkemban) itu,” katanya, petik Harian Metro.

Ads

Busana Berdasarkan Sejarah Fesyen

Mengulas lanjut mengenai pemilihan busana dalam MV tersebut, Mimi menjelaskan, dia telah melakukan kajian mendalam mengenai pakaian tradisional sebelum menghasilkan video itu.

“Selama 17 tahun saya bertapak dalam industri seni dan sedekad bergerak secara solo, saya sudah melalui pelbagai cabaran sebelum karya saya benar-benar diterima ramai.

“Jadi, saya tidak sambil lewa dalam menyediakan pakaian untuk MV Serumpun dan turut bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal bagi mempelajari sejarah pakaian orang terdahulu.

“Pada saya, pakaian yang saya kenakan itu cantik dan selesa. Saya dah tengok pakaian orang-orang lama, jadi saya suka. Saya nak raikan pakaian dan fesyen kita sebenarnya,” katanya lagi.

Ads

Penampilan Berkemban, Serumpun Mimi Fly Cetus Sensasi – “Kalau Ada Yang Tersinggung, Saya Minta Maaf.”

Terima Pelbagai Reaksi

Walaupun mendapat pelbagai kritikan, Mimi tetap bersyukur kerana MV Serumpun mendapat perhatian ramai, tidak seperti sebelum ini apabila karyanya kurang mendapat sambutan.

“Sekurang-kurangnya ada yang ambil kisah dengan apa saya keluarkan (lagu), kerana sebelum ini saya pernah berada di fasa di mana apa sahaja produk lagu saya keluarkan, orang tidak kisah.

Ads

“Jadi, saya ambil semuanya itu (komen netizen) dan terima kasih diucapkan. Saya akan memperbaikinya selepas ini. Saya benar-benar berterima kasih,” katanya.

Terdahulu, MV Serumpun yang dilancarkan di saluran YouTube Mimifly pada Sabtu lalu mengundang pelbagai reaksi warganet.

Meski rata-ratanya menyifatkan lagu itu menghiburkan, tetapi ada juga yang menganggap pemilihan pakaian dalam MV tersebut sebagai kurang sesuai dengan tema Aidilfitri.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI