Sarat mesej positif, filem Anak Rimau The Movie mampu memberi inspirasi kepada ibu bapa menggilap bakat serta potensi golongan anak muda dalam dunia sukan bola sepak.
Bukan sekadar berlatarkan sukan bola sepak, filem Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Films Sdn Bhd mengangkat semangat dan perjuangan generasi baru dalam mengejar impian sebagai pemain bola sepak.
Mengetengahkan bakat baharu, Idan Aedan dan dua pemain bola sepak kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil @ Kechikimi dan Hanz Daniel Skelchy, filem yang menelan belanja RM5.5 juta itu turut menampilkan aktor terkenal, Beto Kusyairy, Azhan Rani, Adam Corrie dan ramai lagi.
Anak saudara Sultan Pahang iaitu Wan Omar Daanyal Wan Ahmad Muadzam turut membuat penampilan.
Penerbitnya, Fadzil Manap berkata, filem Anak Rimau The Movie mengetengahkan nilai positif membabitkan semangat berpasukan, kegigihan dan sikap tidak berputus asa dalam kalangan generasi muda untuk berjuang mencapai cita-cita.
“Banyak mesej penting yang mahu disampaikan dalam filem ini. Ia juga mengetengahkan elemen perpaduan, semangat nasionalisme, patriotik dan kepelbagaian kaum, sekali gus sesuai untuk tontonan pelbagai kaum di Malaysia,” katanya.
Namun, kongsinya, bukan mudah menghasilkan filem menampilkan barisan pelakon muda yang tiada asas dalam bidang lakonan.
Ads
“Justeru, Keeklr Films mendapatkan khidmat guru lakonan, Fatimah Abu Bakar yang banyak membantu dari aspek emosi, penghayatan watak, menghafal dialog dan sebagainya.
“Selain itu, jurulatih AMD, Osmera Omaro turut menjadi penasihat kepada pelakon muda di lokasi penggambaran.
“Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan prestasi lakonan ditampilkan barisan pemain bola sepak muda AMD termasuk aspek komitmen dan disiplin tinggi diberikan ketika penggambaran filem ini pada 2019,” katanya yang mengetengahkan bakat 11 pemain bola sepak kategori bawah 14 tahun dari AMD.
Mengulas mengenai penggambaran filem, Fadzil berkata, idea menghasilkan filem tercetus pada April 2018 dan ia dimulakan tiga bulan kemudian membabitkan lokasi sekitar Pahang.
Penggambaran filem arahan Areel Abu Bakar itu selesai pada Ogos 2019 selepas 60 hari, di beberapa lokasi menarik seperti Pulau Tioman, Kuantan, Sungai Lembing, Beserah dan AMD.
Ads
“Selain cabaran dari segi cuaca panas terik dan hujan, kami terpaksa menggunakan khidmat feri untuk penggambaran di Pulau Tioman.
“Kami juga memiliki lokasi pantai di Beserah. Namun, penggambaran berdepan mencabar apabila perlu mengusung peralatan dalam Hutan Lipur Pandan, Kuantan ketika menjalani penggambaran di Air Terjun Panching.
“Kos membabitkan bajet besar disebabkan menggunakan khidmat lebih 2,000 pelakon tambahan termasuk remaja dan pelajar sekolah, terutama untuk babak dalam stadium.
“Lebih menarik, filem ini tidak menggunakan teknik imej janaan berkomputer (CGI),” katanya.
Ads
Filem Anak Rimau The Movie sepatutnya ditayangkan pada 2020, namun, ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19. Ia turut mendapat sokongan Cyberlynx International College selaku penaja utama, manakala Al-Ikhsan Sports pula sebagai penaja pakaian sukan rasmi.
Fadzil juga berharap agar filem Anak Rimau The Movie boleh menjadi inspirasi kepada golongan anak muda yang mempunyai cita-cita bergelar pemain bola sepak.
Anak Rimau The Movie akan ditayangkan serentak di 68 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam pada 1 September depan.
Selain itu, lagu tema berjudul Pentas Dunia ciptaan Bajai dan lirik oleh Amylea Azizan turut dinyanyikan barisan pelakon seperti Idan, Kechikimi, Hanz Daniel, Wan Omar Daanyal, Joel Law dan Hakeem. Video muziknya sudah dilancarkan menerusi laman YouTube sejak 7 Julai lalu.
Filem Anak Rimau The Movie dihasilkan menerusi usaha sama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan AMD dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti media sosial, King Koko akui kurang senang dengan sikap segelintir wanita yang sering memberikan persepsi buruk mengenai lelaki Melayu untuk dijadikan pasangan.
Menurut King Koko atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, sikap dak tingkah laku seorang lelaki itu bukan dipengaruhi oleh bangsanya tetapi ia terpulang kepada keputusan individu itu sendiri.
“Aku tak faham dengan influencers Melayu ni konon tak suka lelaki Melayu. Kata lelaki Melayu low class la, asyik kahwin dua dan dating tempat mamak.
“Aku yang a lots of mix ni pun masih datang balik pada lelaki Melayu. Abang-abang Tesla atau Honda ke, nak kahwin sepuluh pun, itu hak individu bukan bangsa Melayu. Apo?,” tulisnya.
Pandangan itu disuarakan sendiri oleh King Koko mener beberapa hantaran di ruangan Instagram Stories.
Malah, dia juga terkilan kerana persepsi tersebut datang daripada wanita Melayu sendiri.
“Korang la terpaling oversea. Nak lelaki Mat Saleh dan bangsa lain. Bukan benci atau rasis, aku banyak sahaja kawan bangsa lain.
“Daripada pengalaman saya, lelaki Melayu tak busuk. Yang busuk individu atau perangai orang tu. Bukan bangsa. Kau sendiri pun Melayu.
“Aku lots of mix lain la tapi lelaki Melayu tetap nombor satu,” ujarnya lagi
Terdahulu, isu poligami ini tercetus selepas tular di media sosial sepotong video memaparkan tindakan
seorang pempengaruh Tik Tok, Abang Tesla yang memuat naik video khas bagi menghargai isteri pertamanya kerana memberikan keizinan untuk berkahwin lagi.
Isu berkenaan mendapat reaksi pelbagai dan menjadi perdebatan diantara netizen sehingga saat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram King Koko
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Saharul Ridzwan baru-baru ini telah merakam video secara diam-diam apabila mendapati anaknya, Muhammad Luth Ali sedang membaca Iqra’ di balik tirai rumahnya.
Malah, Saharul tidak menyangka bahawa anaknya yang berusia tiga tahun itu memahami sesuatu tindakan atau ajaran yang disampaikan dalam apa juga perkara.
“Mengaji belakang langsir!
“Ingat kan hari tu sy ajar Ali baca Iqra’? Nampak macam dia tak dengar, main-main, tapi sebenarnya anak kita ni saja je.
“Dia dengar and cepat ingat apa yang kita ajar atau buat. Jadi, bersabarlah kita sebagai ibu dan ayah dalam mendidik anak. InShaaAllah,” tulisnya.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos 2020.
Memetik Bernama, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkenan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bertujuan membantu meringankan beban kerajaan dalam menangani Covid-19 serta menyahut keputusan kerajaan memotong dua bulan gaji perdana menteri, menteri serta timbalan menteri dan disalurkan ke Tabung Covid-19.
“Perkenan Seri Paduka baginda berdua ini turut mencerminkan keprihatinan dan keperibadian tinggi Seri Paduka baginda berdua terhadap perkembangan terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara.
“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan berkaitan di atas pengiktirafan yang telah diberikan oleh firma perkhidmatan kewangan terkemuka di dunia baru-baru ini berkenaan tata cara pengendalian Covid-19 di Malaysia,” katanya seperti yang dipetik.
Sumber : Bernama
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!