Nampaknya baru-baru ini nama pelantun lagu Di Amaran Mama sering menjadi perhatian sejak tularnnya video penyamarannya sebagai gelandangan.

Memang tidak dinafikan aura Hazama sebagai penyanyi begitu hebat sehinggakan walaupun tidak menampakkan rupanya yang sebenar, peminat masih mengenali figura itu.

Bercerita mengenai video klip, terdahulu video Di Amaran Mama telah mencecah lebih 7 juta tontonan di You Tube.Tahniah Hazama!

Pasti disebabkan auranya, setiap kali Hazama tampil dengan single terbaru, pasti sahaja mendapat sambutan yang hebat dan tidak mengecawakan peminatnya.

Bagaimanapun, penampilan barunya untuk video klip baru mendapat kecaman setelah penyanyi itu memuat naik gambarnya di laman Instagram miliknya.

Ads

New Arrival… aku bukan dewa #akubukandewa #newsong #comingsoon

A post shared by Mr hazama Ahmad azmi (@mrhazama1) on

Menerusi foto itu, Hazama menukar dirinya daripada yang biasa. Rambut dibuat ala-ala Bob Marley dengan badan yang penuh dengan lukisan ‘tattoo‘.

Penampilan Hazama Dalam Video Klip Terbaru Dikecam

Ads

Penampilan Hazama Dalam Video Klip Terbaru Dikecam

Penampilan Hazama Dalam Video Klip Terbaru Dikecam

Ruangan komen di Instagram Hazama juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang nampaknya tidak menyukai penampilan terbarunya.

Ads

Perkongsian itu telah menerima lebih daripada 13,000 likes setakat ini. Rata-rata antara mereka mengecam teruk penyanyi tersebut kerana beranggapan penampilan seperti itu seolah tidak sesuai dengan ajaran Islam.

Penampilan Hazama Dalam Video Klip Terbaru Dikecam

Namun, pastinya Hazama ingin kelainan dalam karier seninya. Ada sahaja idea baru ingin dilontarkan. Bagi MH Online, tindakan Hazama tidak menutup ruangan komen walaupun teruk dikecam, pastinya Hazama ingin mengetahui bagaimana reaksi peminatnya terhadap penampilan dalam lagu terbarunya.#akubukandewa.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI