Berita

Penampilan Idris Ezzwa Fasih Berbahasa Inggeris Viral & Steady Nyanyi 23 Buah Lagu, ‘Showcase’ Misha Omar Dirai 2,000 Peminat Setianya!

Share

Penampilan anak lelaki Misha Omar, Muhammad Idris Ezzwa yang tampil memperkenalkan ibunya pada Misha Omar Back To Basic Showcase, pada Sabtu menjadi tular di media sosial sehingga ke hari ini.

Ramai yang memuji kepetahannya bercakap dengan sebutan bahasa Inggeris yang baik pada usia lapan tahun.

Malah, Misha sendiri jarang mendedahkan anak-anaknya kepada umum dan selain Idris, Misha turut memiliki seorang anak angkat lelaki, Adam yang kini berusia 17 tahun.

Terdahulu menerusi segmen pembukaan showcase, Idris tampil bersahaja dengan kemeja putih telah tepukan gemuruh hampir 2,000 peminat yang memenuhi Jio Space, Petaling Jaya.

All Out Sampaikan 23 Buah Lagu

Sepanjang persembahan, Misha yang sudah 22 tahun bergelar anak seni turut menyampaikan lagu-lagu daripada penyanyi lain termasuk artis antarabangsa selain seleksi hits lagu sendiri.

Misha membuka persembahannya menerusi beberapa buah lagu daripada album terdahulu antaranya Cinta Adam dan Hawa, Sembunyi, Tiada Ku Mengerti dan Dedebu Cinta.

Turut disampaikan pada malam itu adalah lagu Pulangkan, Ku Seru, Masihkah Ada Rasa itu, Bunga-Bunga Cinta, Sampai Bila dan ditutup dengan lagu Semoga Abadi.

Rakan Penyanyi Pun Hadir

Penerima trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga kali itu turut menyampaikan lagu hits Lady Gaga dan Bruno Mars, Die With A Smile duet dengan Juara Bintang RTM 2018, Hariz Fayahet.

Selain peminat rakan artis yang sama-sama hadir menyaksikan persembahan Misha termasuk Ella, Aina Abdul, Shila Amzah, Ernie Zakri, Syamel dan Nabila Razali.

@mediahiburanofficial Penampilan Muhammad Idris Ezzwa, sebagai pembuka konsert ibunya, Misha Omar! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
MH